Wednesday, January 13, 2016

MCA Suntik Elemen Perangi Rasuah Kepada Masyarakat



Dari kaji selidik yang dijalankan oleh parti Malaysia Chinese Association (MCA) terhadap para pengundi serta masyarakat di seluruh negara. Rata-rata menyuarakan dua kebimbangan utama iaitu isu kos sara hidup dan persepsi rasuah.

Oleh yang demikian, pihak MCA telah merintis usaha dalam menjalinkan kerjasama bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggerakkan kursus anti rasuah secara berkala setiap 3-4 bulan.

Satu memorandum kerjasama antara MCA dengan SPRM telah ditandatangani oleh Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong.

Kursus berkala ini disasarkan kepada wakil rakyat, ahli majlis, ketua kampung dan para pemimpin komuniti. Kerana mereka ini merupakan tempat rujukan utama masyarakat setempat dalam banyak perkara. Jadi dengan penerimaan ilmu dari kursus ini, diharap dapat merungkai segala kekeliruan dikalangan rakyat.

“Adalah penting untuk kita menyuntik elemen memerangi rasuah di kalangan mereka” kata Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA.

Sehingga penghujung 2015, seramai 5000 orang telah menyertai pelbagai kursus kelolaan Sekolah Pengajian Politik MCA. MCA menjangkakan pada tahun 2016, sambutn sehingga 10,000 peserta dengan adanya modul kursus tambahan anti-rasuah.

Bagi perisik tidak dapat menafikan gejala rasuah ini, ia merupakan penyakit dalam masyarakat yang berlaku di seluruh dunia. Malah negara-negara maju pun tidak terkecuali. Tapi masalahnya sekarang, ia disensasi sehingga kita terlebih dahulu menghukum mengikut kefahaman tanpa menyelidiki. Terus sahaja diketepikan hasil siasatan, pengumpulan bukti dan proses perbicaraan.

Hanya dengan satu tuduhan liar berkaitan rasuah, sudah cukup untuk menimbulkan seribu satu persepsi yang mengundang kekeliruan rakyat. Belum terbukti, tertuduh sudah dihukum bersalah oleh 'rakyat hakim negara'. Kesudahannya tertuduh telah difitnah dan tidak terlibat rasuah. Malangnya imej sudah tercalar, persepsi negatif masyarakat pula tidak berubah menerima keputusan terbabit.

Maka dengan kursus anti-rasuah ini, bukan sekadar mengajak kita memerangi rasuah. Juga berhentilah dari menjadi hakim yang menghukum tanpa ilmu.

No comments:

Post a Comment