Wednesday, January 20, 2016

Stadium Tun Abdul Razak Pentas Utama Felda United



Akhirnya impian untuk memiliki stadium sendiri tercapai. Stadium Tun Abdul Razak yang siap dibina dengan perbelanjaan RM92juta ini akan dijadikan sebagai medan latihan dan pertempuran pasukan bola sepak Felda United.

Stadium yang memuatkan 20,000 penonton dalam satu-satu masa ini dilengkapi kemudahan dan menetapi piawaian FIFA. Tidak perlu lagi menumpang di stadium lain selepas ini, tuan rumah Felda United kini gah dengan Stadium Tun Abdul Razak yang bertempat di Jengka.

Centusan idea pembinaan stadium ini telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri pada Julai, 2011 dalam sambutan Hari Peneroka di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang. Kini janji dikotakan dan manfaat dan limpahan ekonomi dijangka dapat dilihat tiap kali perlawanan berlangsung.

Selain itu beberapa program lain juga boleh dilaksanakan di stadium, bukan melibatkan bola sepak semata-mata. Beberapa program seperti selawat perdana dan ceramah agama boleh dijadikan sebahagian daripada atucara stadium ini.

Lihat sahaja bagaimana ribuan manusia membanjiri stadium tiap kali program atau perlawanan berlangsung. Lihat peluang perniagaan yang dapat direbut oleh penduduk sekitar terutamanya warga Felda ketika itu. Berniaga makanan, pakaian, minuman dan macam-macam yang boleh dijadikan duit.

Pembangkang seperti biasa dari awal hingga sekarang ada saja buruk yang hendak dilekatkan kepada usaha kerajaan melalui Felda ini. Sebelum pembinaan dibising projek ini membazir. Tengah dalam pembinaan, dibising pula kontraktor tak berkelayakan. Sekarang dah siap, dibising pula kerajaan habiskan duit peneroka.

Peneroka pun sudah masak dengan perangai pembangkang ini. Mereka ini elok pergi jahanam sahaja. Kerana tiada satu manfaat yang mampu dizahirkan pembangkang buat peneroka.

No comments:

Post a Comment