Sunday, January 17, 2016

HuaZong Bersama Kerajaan Majukan Negara - MCA


Perasmian Wisma HuaZong pada 16 Januari, iaitu persatuan peniaga-peniaga cina terbesar di Malaysia ini merupakan satu aspirasi penting dalam menyatukan seluruh bangsa Cina di negara ini. Perkara ini diperakui oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan berharap HuaZong menjadi hub penting dalam membantu kerajaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

DS Liow merangkap jutaan terima kasih kepada PM, Datuk Seri Najib Razak yang turut sama memberi sumbangan dalam menrealisasikan pembinaan wisma ini di Serdang, Selangor. Sumbangan RM5juta yang diberikan pada 2011 telah ditingkatkan dengan penambahan sebanyak RM3juta bagi membantu mencukupkan kekurangan tabung dana.

Langkah pembentukan persatuan induk seperti ini, sekaligus dapat memayungi persatuan-persatuan kecil lain di seluruh negara. Idea ini harus dijadikan tauladan tentang peri pentingnya kita bergerak dalam satu entiti besar bagi menghadapi sebarang cabaran masa depan.


Melihat kepada kelembapan ekonomi dunia ekoran kejatuhan harga minyak dunia telah memberi impak besar kepada negara. Namun kesannya dapat diminimumkan melalui dasar-dasar kerajaan dalam mengimbangi kejatuhan ini. Sekurang-kurangnya tiada syarikat besar yang gulung tikar serta pemberhentian pekerja besar-besaran seperti apa yang berlaku pada 1997/98. 

Perkara yang telah berlaku masa lalu menjadi pengalaman beharga buat negara. Sedikit sebanyak kita sudah dapat mengagak paten naik turunnya ekonomi dunia. Jadi pelbagai langkah sudah direncana sebaik mungkin sebelum kedatangan gelombang kejatuhan ekonomi seterusnya.

Walaubagaimanapun sokongan rakyat melalui persatuan besar seperti HuaZong ini memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. MCA yang merupakan parti kaum cina terbesar negara meyakini majoriti cina Malaysia seiringan dengan dasar kerajaan yang terbuka, beserdehana dan menolak segala bentuk idealogi ekstrimis.

Najib juga memberi penekanan penting mengenai perpaduan antara kaum di negara ini. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan adalah atas kepercayaan bahawa seluruh rakyat yang pelbagai kaum mampu bertoleransi dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Bukan kesatuan satu bangsa yang harus kita lihat dari pembentukan HuaZong ini. Ia harus diterapkan pada skop yang lebih luas iaitu kesatuan semua kaum di Malaysia. Kerana dengan bersatu, segala rintangan dapat kita hadapi dengan mudah.  

No comments:

Post a Comment