Sunday, January 17, 2016

Penerapan Budaya Intergriti Dalam MOT


Kementerian Pengangkutan mengisytiharkan tahun 2016 sebagai tahun integriti. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan sendiri, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi memantapkan keberkesanan mutu perkhidmatan yang disediakan buat rakyat. 

Usaha ini merupakan satu lagi komitmen kerajaan dalam memupuk budaya intergriti dikalangan warga kementeriannya. Ia bertepatan bagi memastikan perkhidmatan di semua peringkat kementerian dan agensi dibawahnya melalui satu anjakan dalam pemantapan nilai-nilai murni, etika dan intergriti. Beberapa program dan inisiatif juga telah dirangka bagi mencapat sasaran perkhidmatan yang lebih berintegriti.

Satu sesi dialog juga telah dijalankan bagi memperbincangkan isu-isu intergriti dan usaha urus tadbir yang baik.  Antara yang hadir adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato Seri Musfar Haji Ali.

Berikut adalah inisiatif yang disenaraikan bagi mencapat matlamat ini:
1. Meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.

2. Penempatan pegawai SPRM di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan serta Agensinya.

3. Pertimbangan untuk melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang padat dengan pengguna.

4. Pertimbangan untuk menggunakan lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer bagi memudahkan urusan permohonan. 

5. Penubuhan Gabungan Pencegahan Rasuah Rantaian Bekalan Logistik (Anti Corruption Logistic Supply Chain Coalition).

6. Sesi dialog antara MOT, Jabatan dan Agensi dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengenal pasti punca perkara berhubung tadbir urus dan rasuah.

"Saya berharap pengisian program ini dan menerusi kerjasama MOT bersama SPRM akan membentuk dan mengukuhkan semangat budaya patriotism, nilai-nilai murni, etos dan integriti warga MOT, selari dengan Teras Strategik Pelan Transformasi MOT." jelas Liow

Diharap inisiatif ini turut menjadi contoh buat kementerian lain. Ia penting sebagai bukti dan penanda aras mutu perkhidmatan setiap kementerian. Kita boleh elakkan sebarang bentuk salah laku dan penyelewengan dengan penerapan program begini. 

Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan program ini, tapi apa yang pasti usaha pemula adalah penting. Setiap perubahan yang lebih baik bermula dari satu langkah kecil kita lakukan. 

No comments:

Post a Comment