Mari kita pelan-pelan mengenali McDonald's Malaysia. Ramai tahu makan, tapi tak pernah ambil peduli macam mana penyediaannya. Dari mana datang burger, nugget, ubi kentang serta sayurn lain, telur, kopi dan lain-lain. Adakah semua itu Halal dan selamat di makan?
Bila melihat sendiri bagaimana penyediaannya kita akan faham bertapa komited McDonald's dalam menjaga kualiti hidangan mereka. Untuk makluman, produk hidangan McDonald's ini dikeluarkan oleh MacFood Services (M) Sdn Bhd yang bertempat di Subang Jaya. Ia merupakan pengeluar tunggal produk McDonald's dan telah beroperasi sejak 1987.
Kebolehpercayaan MacFood dalam penyediaan hidangan McDonald's ini tidak dipertikaikan apabila komited dalam mematuhi pelbagai piawaian dengan konsisten dan menerima pengiktirafan dari beberapa agensi:
- Menerima sijil HALAL Certification dari HDC/JAKIM kerana mematuhi prosedur persijilan Halal Malaysia dan DVS Malaysia (Department of Veteranary Services) Certification - kerana mematuhi peraturan-peraturan pemeriksaan veterinar Malaysia dan juga telah memenehi pematuhan kepada keperluan program Jaminan Kualiti (QAP) dan Sistem HACCP
- Menerima HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program Food safety mangement sistem ISO 9001:2009 yang diberi SIRIM QAS meliputi Sistem Pengurusan Kualiti.
- ISO 9001:2008 yang diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Kemampuan MacFood dalam menyediakan bahan sajian bermutu ini telah mendapat kepercayaan beberapa rangkaian McDonald's luar negara. MacFood menjadi pembekal utama produk McDonald's ke negara-negara sekitar Asia Pacific dan Timur Tengah (seperti Arab Saudi dan UAE). Lebih 22,000 tan ayam, 1,800 tan ikan dan 6,500 tan daging diproses setahun bagi menampung keperluan rangkaian McDonald's dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment