Entah dari mana mereka dapat maklumat ini. Perlu ditegaskan pihak SPAD yang di Pengerusi oleh, Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar telah nyatakan dengan jelas bahawa khidmat kereta sapu atas talian ini menyalahi undang-undang. Ekoran daripada itu beratus-ratus kenderaan mewah pelbagai jenis telah disita oleh SPAD dalam siri operasi khas.
Persoalan yang perlu kita nilai sekarang adalah sudut pandang PENGGUNA. Mengapa perkhidmatan kereta sapu begini yang lebih MAHAL menjadi pilihan pengguna BERBANDING teksi?? Kerana SPAD turut menjadi serangan beratus-ratus pengguna dalam usaha membendung kereta sapu atas talian ini. Dibuat kena, tak buat pun kena balun juga!!
Perkara begini patut diambil kira oleh pengendali dan pemandu teksi. Tidakkah pemandu teksi terfikir dimana kurangnya perkhidmatan mereka? Segalanya boleh kita perolehi dari maklum balas pengguna itu sendiri. Jadi disini sebuah syarikat Teksinet yang bertanggungjawab mengendalikan kursus khidmat pelanggan mungkin dapat membantu.
Kerana setiap maklum balas pengguna itu penting dalam memperbaiki mutu perniagaan atau produk. Dalam perkhidmatan awam darat juga banyak maklum balas negatif diterima tapi cara pengendali dan pemandu teksi dalam menerima aduan begini tidak mendapat respon yang diharapkan pengguna.
Perkara ini telah berlangsung saban tahun dan tidak menampakkan perubahan. Masalah teksi rosak, kotor, samseng, gangguan seksual dan cekik darah antara yang mewarnai laporan aduan. Sikap pengendali dan pemandu yang leka akan aduan ini secara tidak sedar telah menghimpit pengguna.
Atas situasi yang mendesak ini, tidak hairanlah mengapa pengguna begitu komited dan dahagakan perkhidmatan awam alternatif yang lain. Oleh yang demikian, pihak SPAD menggalakkan setiap pengendali dan pemandu teksi untuk mengikuti kurus khidmat pelanggan ini. Kita mahu lihat respon pantas pengendali dan pemandu dalam menangani aduan pengguna.
Bila perkara ini dapat diatasi dengan baik, keyakinan pengguna akan dipulihkan kembali dan jika usaha pemandu konsisten, kita akan lihat perkhidmatan teksi sebagai pilihan semula.
No comments:
Post a Comment