Tuesday, January 5, 2016

Anak Felda Tawan Tujuh Puncak Tertinggi Dunia



Kemampuan anak Felda tidak boleh lagi diperkecilkan, walaupun sejarah keturunan sebagai warga peneroka. Sudah terbukti banyak anak Felda mula menceburi profesion profesional seperti juruterbang, arkitek, doktor, jurutera dan banyak lagi.

Usaha penat lelah mak ayah sebagai perintis peneroka menjadi pembakar semangat buat anak-anak mereka ini untuk lebih berjaya. Kekurangan masa lalu bukan penghalang bagi anak-anak Felda ini menempa nama sehingga ke persada dunia. 

Terbaru anak Felda Jelai 1, Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan iaitu Siti Hanisah yang telah menjadi insipirasi dalam ekspedisi mendaki beberapa puncak tertinggi di dunia seperti Gunung Kilimanjaro, Gunung Elbrus, Gunung Kosciuszso dan Gunung Everest. Akan datang 14 Januari, beliau bakal menawan pula Gunung Aconcagua, Argentina setinggi 6,962 meter.

Nama Siti Hanisah mula menjadi sebutan apabila muncul sebagai pendaki Everest Malaysia Termuda yang berjaya mengecapi puncak tertinggi dunia pada 2013 di usia 23 tahun. Cabaran seterusnya nanti bakal menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang berjaya menawan tujuh puncak tertinggi di dunia.

Misi yang akan disertai Siti Hanisah ini merupakan kelolaan Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) dan mendapat tajaan daripada 1M4U. Semoga usaha anak Felda ini menjadi ikon penting kejayaan warga Felda selama hampir 60 tahun ini. Diharap semua eksplorasi Siti Hanisah dan KE7B ini dibukukan supaya dapat dijadikan rujukan oleh anak Malaysia yang lain.

No comments:

Post a Comment