Friday, January 22, 2016

Belian Tiket Lebih Mudah Dengan KTM Mob


Pengenalan aplikasi android dan iOS yakni KTM Mob Tiket ini memberi nilai tambah kepada perkhidmatan rel keretapi di tanah air. Belian tiket kini menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi ini. Tidak perlu lagi berkunjung ke kaunter atau beratur panjang untuk mendapatkan tiket.

Aplikasi yang dilancarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar akan digunapakai bagi pembelian tiket perkhidmatan KTM antara bandar dan ETS. Mungkin konsep yang sama ini boleh dikembangkan kepada perkhidmatan rel lain seperti LRT STAR, PUTRA, Monorel dan akan datang MRT.

Pengenalan aplikasi ini juga diharap dipertingkatkan lagi bagi memudahkan pengguna mendapatkan diskaun bila membuat belian perjalanan mingguan atau bulanan. Disamping itu pihak KTM hendaklah manaiktaraf infra kakitangannya bagi membolehkan mereka menerima atau mengesahkan tiket secara digital tanpa perlu cetakan.

Kemudahan tiket atas talian ini perlulah selari dengan kesediaan kakitangannya dalam membuat pengesahan tiket terbabit. Sebab sudah kedengaran rungutan dimana tiket sudah dibeli atas talian tapi kakitangan tidak dapat membuat pengesahan melalui skrin telefon. Masih ditakuk lama dengan mengoyakkan sedikit tiket, cop atau menandakan dengan pen.

Mungkin pihak KTM tidak terfikir akan berhadapan dengan masalah begini. Pengesahan tiket ini boleh dibuat seperti dilakukan dalam pembelian tiket wayang. Di mana barcode dari skrin boleh diimbas melalui mesin pengimbas khas bagi tujuan pengesahan pembelian. Bagi kes KTM ini, imbasan boleh dilakukan sebelum menaiki tren.

Jika adaptasi ini berjaya dilakukan, kita akan dapat lihat peningkatan jualan tiket secara atas talian naik mendadak. Semoga penambahbaikan mutu perkhidmatan KTM terus berevolusi seiring dengan perubahan zaman.


No comments:

Post a Comment