Monday, March 9, 2015

Felda Beri Kerjasama Penuh SPRM Siasat Anak Syarikat


Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayasia (SPRM) telah menahan dua individu berhubung pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai lebih kurang RM40 juta. Kedua-dua mereka iaitu ahli perniagaan dan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat Felda ditahan berasingan pada 26 Februari dan 1 Mac 2015.

Berita penahanan ini sudah perisik terima lebih awal, tetapi adalah tidak beretika jika media menyiarkannya tanpa sebarang kenyataan rasmi dari pihak SPRM. Perisik percaya pihak SPRM bukan sengaja hendak melewat-lewatkan mengeluarkan kenyataan, akan tetapi ia adalah SOP yang perlu dipatuhi.

Jika tidak mematuhinya ia dikhuatiri boleh menjejaskan proses siasatan, pengambilan kenyataan saksi dan pengumpulan bahan bukti. Cuba bayang berita sudah keluar sedangkan SPRM baru hendak memulakan siasatan. Ketika itu saksi-saksi sudah menghilangkan diri atau menghapuskan bukti terlebih dulu.

Jadi tak perlulah macai pembangkang meroyan membandingkan bahawa SPRM cepat keluar kenyataan kalau siasatan melibatkan orang biasa. Walhal mereka langsung tidak tahu menahu bagaimana SOP dan risikan berbulan-bulan yang telah dilakukan SPRM sebelum, semasa dan selepas tangkapan dilakukan.

Dalam kes ini, tiada apa yang hendak diselindung FELDA. Malah Felda komited memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan serta tidak akan berkompromi jika salah laku dinilai berlaku oleh SPRM. Dengan kerjasama ini seramai 23 orang telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009.

Setakat ini ahli perniagaan yang direman telah dibebaskan pada 7 Mac 2015, manakala CEO pula masih dalam tahanan sehingga 10 Mac 2015. Melihat semua ini, tidak timbul ada tangan ghaib yang menentukan siapa bersalah dan siapa bebas! Riuh rendah pembangkang dalam isu ini tidak lain hanyalah usaha merosakkan kredibiliti SPRM semata-mata.

No comments:

Post a Comment