Wednesday, June 26, 2013

Pemandu Teksi Ketagih Tak Guna Meter!!


Dalam Operasi bersepadu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis telah berjaya memberkas 15 pemandu teksi yang tidak menggunakan meter. Ada diantaranya yang pernah mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini.

Dah pernah kena tangkap pun masih buat perangai sama! Sebab perangai buruk segelintir pemandu teksi macam nilah yang membuatkan seluruh industri teksi negara mendapat nama buruk di kalangan pelancong luar. 

Operasi yang berlangsung minggu lepas, melibatkan sejumlah 12 pegawai dan 75 anggota. Di mana, masing-masing terdiri daripada Polis empat pegawai dan 22 anggota, JPJ satu pegawai dan  lapan anggota, DBKL dua pegawai dan 11 anggota, SPAD lima pegawai dan 34 anggota. Operasi ini telah dikelolakan oleh Pengurus Besar Penguatkuasa dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad.


Dari keseluruhan unit ini, sebanyak 20 pasukan telah dibentuk bagi melakukan penyamaran di kawasan sasaran seperti Pavillion, Bukit Bintang dan KLCC. Kerana pihak SPAD menerima aduan paling tinggi di tiga lokasi ini. Lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Rata-rata aduan yang diterima tidak menzahirkan bukti yang cukup kerana mangsa tidak dapat menyediakan maklumat terperinci seperti nama syarikat, nama pemandu, jenis kenderaan, permit dan lain-lain bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan pendakwaan terhadap pemandu teksi yang engkar menggunakan meter.

Dari aduan-aduan ini, pihak SPAD melakukan operasi berterusan bagi mengengkang budaya penagih "no-meter" di kalangan pemandu teksi. Beberapa operasi sebelum ini, SPAD telah berjaya menahan 29 teksi yang tidak menggunakan meter di lokasi seperti Subang, Kelana Jaya, Midvalley dan KL Sentral.

Bila dicekup, seribu satu alasan dan wayang cuba diberikan bagi melepaskan diri dari di dakwa. Anggota yang menyamar telah melakukan pemerhatian dan merekodkan setiap gerak geri pemandu secara terperinci. Antara yang ditangkap mengenakan caj 100% dan ada yang lebih. Contohnya tambang sepatutnya RM6 dinaikkan kepada RM30! Jelas bukti kesalahan sudah ada. Mana mau lari?

Mereka yang ditahan, jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM1,000 hingga RM500ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebenarnya para pemandu teksi yang melakukan kesalahan ini tahu hukuman yang bakal dihadapi! Sebab ibila dicekup terus terpacul seribu satu alasan dan wayang diberikan. Antara alasan yang diberikan, bila balik teksi kosong, jalan ke destinasi sesak teruk. Padahal walau jem, meter tetap jalan. Jadi tak ada alasan tak guna meter.  

Semacam satu ketagihan bagi pemandu teksi yang enggan menggunakan meter ni. Dah menjadi satu tabiat yang susah nak dibuang apabila sudah mula melakukan salah laku ini dan lebih-lebih lagi apabila tidak pernah ditangkap oleh pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment