Thursday, June 27, 2013

Cina Jonker Walk Kena Kencing Dengan DAP?


Apalah puak-puak DAP rasis dah canangkan kat kaum cina di Melaka khususnya di Jonker Walk. Terbaru arahan KM Melaka, Datuk Wira Idris Haron hanya membuat sedikit perubahan pada laluan trafik di sekitar Bandaraya Melaka, terutama di kawasan Jonker Street.

Jika sebelum ini laluan jalan serta lorong melalui Jonker Street akan mula ditutup setiap kali tiba hujung minggu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kali ini laluan itu tidak akan ditutup dan akan dibuka untuk laluan penduduk serta pelancong dalam dan luar negara.

Arahan simple untuk buka laluan pun DAP boleh jadi biol nak faham. Terus sahaja diputarbelitkan bahawa kerajaan Negeri cuba menutup bisnes di Jonker Street. Ni lah masalahnya puak DAP yang hanya melihat satu sudut sahaja. Iaitu sudut untuk kaum cina buat duit berkoyan-koyan di sekitar jalan tersebut bakal terjejas.

Mereka tidak pula melihat dari sudut keselamatan dan keselesaan pengguna yang datang berkunjung ke Melaka. Sebab pihak kerajaan Negeri telah menerima beratus-ratus aduan mengenai kesesakan jalan raya tiap kali hujung minggu. Bertambah parah bila musim cuti sekolah. 

Ada yang mengadu perjalanan dari Tol Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka mengambil masa empat jam!! Dek tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang semakin kronik.   Bagi mengatasi masalah, pihak kerajaan negeri dengan kerjasama pihak berkuasa telah melakukan kajian bagi mengenal pasti punca sebenar kesesakan ini dan langkah untuk mengatasinya perlu disegerakan.

Dapati, puncanya adalah laluan di Jonker Streetyang ditutup selama ini. Oleh demikian, pihak kerajaan telah bertindak membuka semula laluan tersebut serta beberapa perubahan laluan di sekitar bandaraya sebagai percubaan. Ia bagi melihat sejauh mana keberkesanan langkah ini.

Jadi peliklah usaha kerajaan negeri yang begitu komited memastikan keselesaan pengguna dan rakyat negeri Melaka dengan sengaja telah diberikan gambaran salah oleh DAP. Malangnya masyarakat cina lebih percaya kepada cerita tahyul (bisnes mereka akan ditutup) dari penjelasan sebenar ini.

Macam bangsat!

No comments:

Post a Comment