Lepas PRU, ingatkan lebih insaf. Ya lah kot kot dah sedar punca kekalahan PRU disebabkan kerja-kerja memfitnah parti lawan! Tapi rupanya masih diteruskan juga perangai buruk tu. Dah tu makin menjadi-jadi pula tu!
Terbaru pembangkang melalui beberapa blog pro pembangkang dan portal media PAS, HaramkahOnline tampil dengan cerita fitnah antaranya artikel "Panas: Pegawai SPAD Ditampar Semasa Operasi".
Lebih haru apabila ada pula segelintir blogger pro kerajaan mesensasikan berita tahyul tersebut di blog mereka. Korang (blogger pro-BN) dah tahu Haramkah tu bingai. Buat apa pi ikut bingai sekali.
Tak tahu lah blogger ni sedar atau tidak bahawa mereka telah terikut rentak pembangkang memburukkan kerajaan. Haramkah buat artikel, lu orang pegi buat free promotion, ikut sekali membalun! Nak bagi hits tinggi digunakan pula tajuk "Hari-hari makan rasuah"!
Portal Haramkah menyiarkan bahawa seorang pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi di Pahang. Kejadian itu berlaku kerana pegawai berkenaan tidak mengenalkan diri untuk membuat pemeriksaan dan memakai seragam.
“Mereka tak pakai uniform… sebab tu kena tampar. Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami”. Ini apa yang dilaporkanlah.
Mereka yang tak tahu menahu tentang prosedur operasi SPAD mungkin akan terpedaya dan percaya dengan berita ni! Hakikatnya semua kandungannya adalah fitnah dan hanya sebuah cerita rekayasa untuk memenuhkan ruang artikel di dalam portal semata-mata!
Biasalah pembangkang ni! Bila dah tak ada isu, diciptakan isu sensasi macam ni untuk memperbodohkan pembaca portal yang terdiri daripada penyokong tegar mereka!
Kenapa berita ini tahyul?
Sebab, perisik terlebih dahulu telah mendapat peluang menyertai beberapa siri operasi Penguatkuasa SPAD bagi melihat sendiri tatacara atau Standard Operation Procedure (SOP).
Perisik dapati semua pegawai diMESTIkan memakai uniform atau vest kuning bersinar yang ada tulis perkataan SPAD. Kecuali, dalam operasi khas bagi tujuan penyamaran (undercover). Selalunya bagi pemeriksaan lori atau kenderaan lain macam ni tak perlu operasi undercover ni.
Lagi satu! pihak SPAD tidak pernah menjalankan operasi secara solo. Pasti akan terdapat agensi lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), JPJ, DBKL, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak berkuasa tempatan dalam setiap operasi.
Pengesahan oleh Pengurus Besar Penguatkuasa dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, menguatkan lagi justifikasi bahawa berita ini adalah FITNAH!!
"Ia tidak benar sama sekali. Tidak ada kejadian pegawai SPAD kena tampar. Kalau ada pegawai kita kena tampar ketika menjalankan tugas, pertama sekali kita akan melaporkannya kepada Polis. Sudah tentu orang yang menampar itu dah kena tangkap dengan Polis." Kata Che Hasni.
Kita dah confirm dengan Head of Zone (di Kuantan) bahawa tidak ada kejadian seumpama itu berlaku. Masa operasi di Pahang hari itu, I was there. Kalau berlaku, mesti pegawai-pegawai sudah lapor kepada saya. Sebab kalau mereka tak lapor, saya akan kenakan hukuman pada mereka." Tambah Che Hasni lagi.
Difahamkan, pihak SPAD akan membuat laporan polis dan kemungkinan mengambil tindakan saman terhadap penyebar berita karut ni!
Fitnah memfitnah bagi pembangkang bagai sudah sebati dalam setiap gerak kerja mereka. Walaupun sudah banyak kali temberang mereka serupa ini terkantoi. Mereka tetap terus memfitnah!
Perisik lihat beberapa blogger pro kerajaan telah bertindak menarik balik artikel tersebut dari blog mereka dan semua artikel tidak lagi dapat dicapai untuk bacaan umum. Mungkin baru tersedar hebahan mereka ini adalah palsu!
Perisik: Lain kali siasat dululah brader!
ada segelintir blogger pro-kerajaan tiba-tiba jadi bodoh balun kerajaan lepas PRU13. kononnya nak jadi hero rakyat!
ReplyDelete