Sunday, June 16, 2013

Sebat Aje Semua Flash Mob Haram Ni!


Pembangkang tak habis-habis mengajar rakyat melanggar undang-undang. Dah tahu nak berhimpun kena ada permit, mereka buat bodoh meneruskan juga. Kononnya hak mereka. Lagak macam bijak tapi mereng di pertengahan jalan.

Hak berhimpun memang diberikan, tetapi undang-undang negara sudah menggariskan panduan yang jelas dalam melakukan perhimpunan. Malangnya budak-budak yang dikatakan berpendidikan Uni dan Kolej masih lembab otaknya dalam memahami akta yang sudah dikuatkuasa setelah diperkenan oleh YDP Agong.

Mungkin terlebih minum susu rafizi lembu membuatkan mereka bertindak biol begini. Mereka dengan sengaja memilih tempat tumpuan ramai di hadapan Sogo yang dipenuhi dengan warga dari dalam dan luar kota yang ingin membeli belah secara aman. 



Himpunan dan pekikan puak samdol ini gagal menarik perhatian orang ramai, kerana rata-rata sudah bosan dan memahami bahawa semua ni kerja karut pembangkang melalui PKR. Banyak dok perhati dari jauh macam tengok show pasar malam.



PKR dianggap karut bagi mereka kerana, sekejap nak ikut undang-undang,  dengan menghantar petisyen bantahan keputusan PRU13 ke mahkamah. Dalam masa yang sama disuruh pula kuncu-kuncunya melanggar undang-undang, terjerit-jerit membantah keputusan PRU. 

Maka yang datang tak sampai berapa kerat di depan Sogo semalam hanyalah budak-budak suruhan pemimpin pembangkang. Melalak dan mengarut tanpa memahami hujung pangkal kerana bagi mereka nak test sekali sekala buat kecoh dan naik trak polis. 


Yeahh! Dapat Naik Trak Polis!
Bila dilepaskan nanti, masing-masing dada kedepan macam dah naik satu darjat berbanding rakan-rakan muda lain yang tak pernah merasa kena cekup. Perisik sudah acap kali menerima alasan begini mengapa golongan belia ini hanya sekadar CUBA-CUBA nak berhimpun haram. 

Ia adalah berikutan undang-undang perhimpunan aman ini hanya mengenai tatacara dan proses berhimpun. Hukuman pun takat dok dalam lokap, datang peguam, terus lepas! Adakah undang-undang kita begitu mudah sampai begitu sekali. Bila melakukan kesalahan, mudah sungguh si pesalah dapt melepaskan diri.

Kalau boleh dipinda akta tersebut menjadi lebih tegas dan dimasukkan sekali hukuman SEBAT. Supaya golongan muda yang dok baru berangan nak syok join merasa berhimpun haram dan naik trak polis, fikir dua tiga kali bila ada hukuman sebat ni.

Budak-budak ni fikir hukum sebat dalam penjara macam cikgu sebat guna rotan kat sekolah ka? Korang tengok video bawah ni!



1 comment:

  1. sebat sampai berdarah macamni, rasanya tak sesuai nak dipraktikan untuk akta perhimpunan ni.

    ReplyDelete