Sunday, June 9, 2013

Banyak Apek Muda Tak Faham Fungsi Agong!!


Ramai anak-anak produk DAPek di Malaysia buta sejarah dan gagal memahami pentadbiran negara yang berasaskan sistem "Raja Beperlembagaan". Hasilnya kita dapat lihat pada gambar di atas. Korang klik dan lihat sendiri komen-komen Apek-apek muda ni.

Para penyelidik sosio budaya berpendapat semua ini adalah akibat sistem pendidikan negara bermula dari peringkat sekolah rendah dan menengah yang tidak diseragamkan dalam satu sistem TUNGGAL. 

Bermakna selagi sistem pendidikan negara terus bergerak berasingan seperti hari ini. Jalinan perpaduan kaum amat RAPUH dan mudah berderai apabila diuji atau dicuit dengan sentimen-sentimen remeh seperti dibawa oleh parti pembangkang.


Raja Beperlembagaan merupakan sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia. Yang Di-Pertuan Agong dari sudut perlembagaan akan dipilih secara bergilir-gilir dalam Majlis Raja-raja yang terdiri daripada sembilan buah negeri beraja. 

Semua ini telah dibentuk berdasarkan beberapa faktor dari sudut sejarah yang perlu kita fahami bermula dari era kesultanan, penjajahan, pembentukan negeri selat, negeri-negeri bersekutu, tidak bersekutu, sebelum dan selepas merdekanya Tanah Melayu.


Malangnya terdapat dikalangan rakyat kita memperlekehkan institusi ini kerana fahaman mereka YDP Agong tidak penting sebab segala pentadbiran dilakukan oleh parti politik yang menang atau dilantik secara demokrasi melalui proses pilihan raya. 

Bagi mereka sistem pentadbiran negara adalah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sahaja. Sedangkan apa yang dinyatakan itu hanyalah SATU dari TIGA CABANG pemerintahan negara.


TIGA CABANG ini merupakan badan kerajaan yang terdiri daripada Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Kewujudan PM, TPM, Kabinet dan Jemaah Menteri merupakan Badan Eksekutif.

Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara merupakan Badan Perundangan. Manakala mahkamah rayuan, mahkamah tinggi dan hakim-hakim pula merupakan Badan Kehakiman.

Ia merupakan sebuah konsep pengasingan kuasa yang akan dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Mengikut Perlembagaan Malaysia, tiga cabang ini DIKETUAI oleh YDP AGONG.

Bidang-bidang kuasa YDP Agong adalah seperti berikut:
  • Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen. 
  • Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.
  • Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. 
  • Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
  • Kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri.
  • Kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
  • Kuasa melantik keahlian Dewan Negara
  • Kuasa melantik keahlian Dewan Rakyat
  • Kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat
  • Kuasa melantik pengerusi, timbalan dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Kuasa melantik perkhidmatan Kehakiman
  • Kuasa melantik pengerusi dan timbalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kuasa melantik Peguam Negara
  • Kuasa melantik Ketua Audit Negara bagi Persekutuan


Semua ini menunjukkan bertapa besarnya fungsi YDP Agong dan kegagalan memahami sistem pemerintahan ini menyebabkan sudah ada rakyat secara sedar atau tidak dengan sewenang-wenangnya mengeluar kenyataan yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Negara.

Antaranya perkara sensitif dalam Perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan secara terbuka termasuklah PEMERINTAHAN BERAJA, AGAMA ISLAM, KEDUDUKAN BAHASA MELAYU dan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU.

Akta Hasutan juga dibentuk bagi mengelakkan individu bercakap sesuka hati menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuan ini adalah bagi memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Jadi pembangkang jangan buat pekak dan buta dengan membiarkan penyokong mereka memperlekehkan isu-isu sensitif. Rakyat negara ini perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya di laman sosial seperti facebook dan twitter.


4 comments:

  1. Kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak untuk bertindak lebih tegas untuk memperbaiki sistem pendidikan kepada satu sistem TUNGGAL!

    ReplyDelete
  2. HINA AGUNG HINA AGAMA... BUANG NEGARA.

    ReplyDelete
  3. HINA AGUNG HINA AGAMA... BUANG NEGARA.

    ReplyDelete