Kalau kita lihat apa yang berlaku di himpunan haram Blackout di Padang Merbok, Sabtu lepas. Telah menunjukkan tempat sebenar penyokong tegar ini di mata pemimpin mereka.
Sedang para penyokong mereka datang awal berpanas dan ada pula sanggup bermalam dengan diselubungi asap-asap jerebu yang melanda negara. Para pemimpin mereka boleh rileks bersantai di rumah dan bilik hotel berhawa dingin. Jauh dari kepanasan dan debu jerebu!
Dalam pemerhatian perisik sepanjang perhimpunan, para pemimpin pembangkang tiba selepas pukul 1.30 petang. Sedangkan ramai sudah mula berkumpul di beberapa lokasi sekitar bandaraya dan tak kurang juga yang sudah tercegat di Padang Merbok awal-awal pagi.
Para penyokong yang berarak dari lokasi seperti Sogo berjalan menuju ke Padang Merbok dalam panas diselaputi jerebu dan terdapat juga yang mengheret anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa untuk turut serta dalam perhimpunan!
Soalnya di mana para pemimpin pakatan ketika mereka berjalan berkilometer tu? Mereka ada! Tapi dalam kereta yang berhawa dingin menuju ke destinasi dengan selesa.
Dah lah kena kelentong dek pemimpin mereka dengan pelbagai dakyah tentang penipuan PRU. Tetapi pemimpin mereka setakat melontarkan kata-kata, lepas tu hilang ntah ke mana. Tup tup terpacul di pentas Padang Merbok.
Setiba di sana, satu persatu para pemimpin mereka tiba. Tapi bukan berjalan, tetapi berkereta. Bila tiba dekat 100 meter jaraknya ke pandang baru turun kereta berjalan sikit, konon nak tunjuk pada rakyat mereka bersama penyokong sepanjang masa. Baik punya wayang!
Kesudahannya, rakyat pun dah bosan dengan wayang dan drama minggu ini dimainkan pembangkang. Hasilnya tidak ramai yang hadir ke perhimpunan haram Blackout 505. Kerana dari nama perhimpunan pun dah bangang tak kena dengan petisyen bantahan yang mereka hantar!
Petsiyen hantar pasal dakwat kekal! Itu pun pihak SPR dah jawab awal-awal ketika musim kempen PRU13. Kalau diikutkan pembangkang tidak mempunyai sandaran kukuh untuk membuat bantahan dalam keputusan PRU13. Pembangkang nampaknya melakukan usaha sia-sia dalam game mereka kali ni.
No comments:
Post a Comment