Sunday, March 29, 2015

Anak Melayu Sibuk Berdemo! Anak Siapa Yang Untung!


Ini bukan kenyataan rasis! Tapi satu penjelasan mengapa majoriti pelajar Melayu gagal merebut peluang yang disediakan kerajaan melalui PTPTN. Ramai terus buta dan tuli dengan dakyah pendidikan universiti percuma ala pembangkang. Rata-rata enggan membuat kajian dan perbandingan terperinci kos pengajian yang dijalankan di Malaysia.

Walhal kerajaan melalui PTPTN telah melaksanakan pengajian percuma lebih awal yakni para pelajar mestilah mencapai CGPA atau pointer cemerlang serta mendapat Kepujian Kelas Pertama Ijazah. Jika ini penuhi, pelajar terbabit layak mendapat pelepasan bayaran balik kepada  PTPTN. PERCUMA terus!

Tetapi masih ramai pelajar melayu lebih sibuk melayan dakyah pembangkang sehingga sanggup menghabiskan masa belajar dengan berdemo di jalanraya. Kononnya perjuangan demi masa depan! Kesudahannya menghancurkan masa depan sendiri serta melepaskan peluang-peluang yang telah disediakan.

Dari gambar atas, menunjukkan berapa ramai pelajar melayu yang berjaya mendapat pelepasan bayaran balik. Angka terbabit menunjukkan bertapa ramai pelajar di institusi pendidikan IPTA yang berpuluh ribu tidak merebut peluang mendapat pendidikan percuma. Akhirnya kita ketinggalan dalam arus pendidikan dan memajukan bangsa sendiri.

Untuk makluman,  kerajaan sudah pun menampung 90% kos yuran kursus yang disediakan di institusi pendidikan universiti, kolej, politeknik dan lain-lain. Tinggal 10% sahaja yang perlu ditanggung pelajar sebagai komitmen individu. Ini pun kerajaan dituduh zalim? 

Sebagai contoh, di IPTA kos yuran kursus kejuruteraan dalam lingkungan RM60,000. Bermakna pelajar hanya perlu tunjukkan komitmen dengan membayar baki RM5-7 ribu. Dah dibantu sampai macam ni pun masih ramai pelajar yang gagal menamatkan kursus. Bila ini berlaku berapa banyak pembaziran sudah dilakukan oleh pelajar. Kalau sewenang-wenangnya percuma lagi teruklah pembaziran yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk pelajar begini.

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk membayar baki 10% itu. Sebab itu kerajaan telah sediakan pinjaman PTPTN dengan 1% Ujrah setahun. Sebelum ini kadar bayaran balik adalah 3%, kemudian turun menjadi ujrah 1% yakni kadar untuk menampung kos operasi PTPTN. Itu pun masih ramai yang culas menjelaskannya.

Kita perlu tahu yang negara telah melaburkan bajet terbesar dalam sektor pendidikan antaranya untuk menampung kos pengajian para pelajar ke peringkat universiti. Adakah berbaloi pelaburan negara jika ada dikalangan pelajar yang sekadar lulus cukup makan dan lebih teruk sudah beberapa kali gugur dah bertukar-tukar pusat pengajian? Memang tak berbaloi langsung!


No comments:

Post a Comment