Tuesday, March 24, 2015

DAP Putus Hubungan Dengan Hadi! Tapi Perlukan PAS!



Lawak apa parti anak beranak DAP melalui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng cuba nak buat. Selepas terkantoi dengan pendedahan surat perjanjian persefahaman PAS-DAP yang ditandatangani oleh Guang Eng sendiri. DAP berkung-fu habis nak tunjuk pada orang cina yang mereka tak sokong PAS dalam melaksanakan Hudud.

Dalam pertemuan antara para pemimpin pakatan baru-baru ini, harapan untuk meredakan kemelut ini tidak menampakkan kesudahannya. DAP-PKR sehaluan menentang PAS dalam isu Hudud ini. Namun tidak dipedulikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Kesudahannya DAP isytihar memutuskan hubungan dengan Hadi.

Apa ke pelik punya pengumuman! Putus hubungan dengan Presiden PAS tapi tak berani umum putus hubungan dengan parti PAS. Malah Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong turut menyifatkan tindakan DAP ini sebagai suatu yang pelik, aneh dan ganjil.

Walhal suara Presiden adalah mewakili parti bermakna keputusan Hudud yang ingin dibuat adalah keputusan parti bukan Hadi seorang. Jadi memang janggal dengar pengumuman DAP ni! Kalau betul tak setuju patut putuskan terus dengan PAS bukan Hadi seorang.


“Hudud itu adalah pendirian parti PAS, bukan pendirian presiden sahaja, Ia bukan satu perkara yang boleh buat secara cincai, tak boleh dijadikan perkara remeh temeh,” kata Ka Siong di Lobi Parlimen. 

“Kalau nak putus biar putus habis, jangan putus dengan seorang.

“Sebab Saya nampak tak logik kalau dia putus hubungan dengan seorang pemimpin tapi bukan dengan parti,” tambah Ka Siong.

Dalam marah-marah, DAP rupanya masih bergantung harap dengan sokongan jentera PAS di setiap kempen. Bagi mereka parti kekal yang berubah hanyalah Presiden. Jadi mungkin DAP sudah ada perancangan untuk singkirkan Hadi melalui orang-orang suruhannya di dalam PAS? Siapa? PASMA ke?

Paling penting DAP tidak boleh menyorok dan memberi seribu satu alasan lagi kepada pengundi cina, semua tahu hudud ini telah dibangkitkan oleh PAS sejak 1993. Adalah mustahil DAP tidak tahu menahu tentang pendirian PAS untuk melaksanakan hudud.


No comments:

Post a Comment