Anugerah anjuran Junior Chamber Internatinal Malaysia (JICM) ini telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong bagi memberi pengiktirafan sewajarnnya serta perangsang kepada generasi muda Malaysia untuk memberi fokus ke arah membantu orang lain.
"Untuk memberi pengiktirafan kepada belia cemerlang ini, JCI Malaysia akan meraikan TOYM pada satu majlis penganugerahan dan menyediakan platform untuk setiap penerima anugerah untuk membentangkan pencapaian peribadi masing-masing.
"...kisah penemuan, keazaman dan kepintaran mereka akan memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk menjadi pemimpin lebih berketrampilan dan membentuk masyarakat yang lebih baik," katanya Ka Siong.
Sebanyak 10 kategori untuk direbut oleh para belia berusia antara 18 hingga 40 tahun iaitu ekonomi, politik, kepimpinan, kebudayaan, agama, sumbangan kepada kanak-kanak dan hak asasi manusia, khidmat sukarela, pembangunan saintifik, pembangunan diri dan inovasi perubatan.
Siapalah agaknya 10 belia yang akan terpilih untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi setiap kategori ini? Anda juga boleh memainkan peranan dengan menghantar pencalonan individu-individu yang dirasakan menepati kriteria bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Sila hantarkan pencalonan melalui laman sesawang www.toym.my sebelum 31 Mei.
30 peserta yang terpilih atau layak ke peringkat akhir akan diumumkan menjelang Ogos nanti, manakala majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Pulau Pinang. Antara penerima Anugerah TOYM sebelum ini ialah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Sheila Majid, Datuk Michelle Yeoh, Prof Datuk Zaini Ujang, Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh dan Datuk Lee Chong Wei.
No comments:
Post a Comment