Setelah itu, Tan Cheng Lock selaku Presiden MCA pertama telah membawa parti menjalinkan kesepakatan bersama UMNO dan MIC bagi menghadapi pilihan raya pertama pada 1955. Persefahaman bersama gabungan parti tiga kaum utama Melayu, Cina dan India ini telah memungkinkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah dicapai pada 31 Ogos 1957.
Semua ini dengan peranan yang dimainkan oleh kepimpinan MCA terdahulu yang sentiasa menzahirkan kepentingan bersederhana dan menolak sebarang bentuk konflik keganasan bagi mencapai matlamat. Pendekatan kesederhanaan beginilah yang menyumbang kepada kestabilan, keamanan dan kemajuan negara hari ini.
Sejak dari awal penubuhan hingga kini MCA telah dipimpin oleh 12 Presiden yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan Malaysia yang gemilang dalam pendidikan dan ekonomi. Sepanjang tempoh itu, MCA setia berjuang di setiap jatuh bangun dan suka duka disamping UMNO dan MIC. Persefahaman yang terbentuk sekian lama ini sudah sebati dalam perjuangan parti.
Berucap dihadapan 2,500 anggota MCA yang hadir ke majlis sambutan ulang tahun tersebut. Tiong Lai telah menggariskan 11 bidang tumpuan bagi proses transformasi parti. Antaranya seperti pemilihan calon, mekanisme kempen, latihan, mendekati pengundi muda, publisiti siber dan lain-lain. Bidang-bidang transformasi ini menunjukkan kesungguhan MCA untuk mengembalikan kegemilangan MCA dalam PRU14 nanti.
"Untuk memenangi hati rakyat pada zaman ini, kita perlu melihat kepada pelbagai masalah yang dihadapi orang ramai.
"Kita perlu berkomunikasi dengan mereka, termasuk melalui dialog dengan mereka dan berada bersama mereka ketika susah dan senang. Sekiranya kita tidak dapat mengadakan dialog dengan mereka, kita perlu menghubungi mereka secara peribadi," Kata Tiong Lai.
No comments:
Post a Comment