Monday, February 18, 2013

Pimpinan SYIRIK Dalam Pakatan


Isu kalimah Allah ini nampaknya sengaja dipermainkan oleh puak-puak pakatan terutamannya PKR dan DAP. Pada 2008 timbul sekejap, lepas tu senyap. Sekarang tak pasal-pasal penghujung 2012 perkara tersebut di timbulkan kembali. Kenapa?

PAS yang pada awalnya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, bertindak menarik balik keputusan tersebut setelah dibahaskan di dalam Majlis Syura PAS. Itu pun selepas menerima tekanan hebat diperingkat ranting-ranting dan ahli-ahli akar umbi. 

Kita lihat Anwar Ibrahim, beriya-iya hendak merealisasikan penggunaan kalimah suci Allah ini oleh Kristian di dalam bible di negara ini. Beliau tidak sendirian dalam hal ini, kerana Azmin Ali secara terang-terangan memperlekehkan keputusan "U-turn" oleh Majlis Syura PAS.

Kita lihat lepas PRU12, DAP paling aktif melakukan deraan terhadap umat Islam dan melayu di negara ini dengan menyentuh sensitiviti bagi mengapi-apikan sentimen perkauman. 

Seperti tulisan Perisik sebelum ini, Theresa Kok telah terbukti terlibat dalam beberapa insiden antaranya di Masjid Kinrara dan kemudiannya gerakan murtad di Gereja Damansara Utama. Belum lagi insiden yang ditimbulkan oleh barisan pimpinan pakatan yang lain.  

Bertambah biadapnya "mereka" apabila Dato Dr Haron Din di MAKI oleh rakan-rakan dalam pakatan ekoran ketegasan beliau mempertahankan kesucian kalimah Allah dari dipergunakan oleh Kristian. 

Di sini jelas, bahawa "mereka", Anwar Ibrahim, Azmin dan puak-puak yang bersetuju God digantikan kepada kalimah Allah dalam bible. Maknanya kesemua mereka ini merelakan Allah di SYIRIK-kan oleh manusia.


  
 "Saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya" tegas Haron Din.

Penegasan Haron Din ini, sudah cukup untuk membuat ahli-ahli akar umbi PAS  bangkit mengkritik barisan-barisan pimpinan pakatan yang cuba mensyirikan Allah.

Bermakna selaku umat Islam, undi yang anda berikan kepada pakatan pada PRU13 nanti menjadi bukti sokongan yang ANDA merelakan Allah itu diSYIRIK-kan oleh manusia.


No comments:

Post a Comment