Tuesday, March 24, 2015

Stadium FELDA United FC Siap 80%!!


Perancangan FELDA untuk membina stadium ini telah perisik dengar sebelum PRU13 lagi. Akhirnya kerajaan melalui FELDA mengotakan janji yang dibuat dengan terbinanya Kompleks Mini Stadium FELDA United FC bertempat di Jengka, Pahang. 

Stadium ini mula dibina pada 1 April 2013 dan menelan belanja sebanyak RM87juta. Sebanyak dua kontraktor bertauliah telah dilantik iaitu Konsortium Warisan Jengka Holdings (M) Sdn Bhd dan Johawaki Sdn Bhd. Sekarang ianya sudah 80% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan ini jika tiada sebarang masalah. 

Apabila siap kelak ia mampu menampung kapasiti 20,000 tempat duduk dan dilengkapi dengan padang rumput tiruan bertaraf '2 star'. Kualiti rumput tiruan yang digunakan menjadikan stadium berkonsep moden ini menepati ciri-ciri piawaian yang ditetapkan oleh FIFA dan FAM.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad juga telah membuat tinjauan di tapak projek bagi melihat perkembangan pembinaan stadium ini. Turut sama mengiringi Isa Samad adalah Pemangku Pengarah Besar FELDA, Dato' Hanapi Suhada dan Pengarah Pembangunan Komuniti FELDA, Anuar Malek.

Isa Samad juga turut mendengar taklimat yang diberikan sedia maklum akan isu yang timbul seperti lot parkir yang dalam perbincangan dengan pihak Majlis Daerah Maran. Sebelum ini masalah rekabentuk bumbung dan perubahan hardstanding padang berjaya diselesaikan pada Januari lepas.



Sebelum pembinaan ini lagi, perisik sudah dengar yang ia akan dijadikan tempat latihan pasukan bola sepak FELDA United. Jadi mungkin sebab itu nama stadium mini dinamakan sempena pasukan tersebut. Selepas ini jika FELDA United menjadi tuan rumah, tidak perlu lagi menumpang di stadium atau kompleks lain. 

Dengan adanya stadium ini nanti, dijangka mampu menjana ekonomi sekitar Jengka terutama pada musim perlawanan liga. Umum tahu setiap kali perlawanan, kawasan lokasi stadium tuan rumah akan dibanjiri dengan ribuan penyokong dari luar. Banyak kedai-kedai makan, gedung pakaian, runcit, homestay dan hotel-hotel akan menerima tempias keuntungannya.


6 comments:

  1. Stadium baru di Kelantan entah bila la nak disiapkan pulak. Rasanya hanya tumboh lalang je la.

    ReplyDelete
  2. Pandai Najib dan Isa melingkupkan duit FELDA!

    ReplyDelete
  3. Aku fikir apa pula Felda nak buat stadium ni. Lepas dikaji ada sebab tersendiri dan mengapa Jengka menjadi pilihan. Mmg untung jd anak Felda

    ReplyDelete
  4. Stadium ni janganlah hanya untuk acara main bola sahaja. Kalau boleh buatlah macam ceramah perdana, selawat perdana, solat hajat perdana atau apa-apa yang manfaat. Bila dah banyak program, tempias ekonomi pun akan ikut sekali. InsyaAllah.

    Lagi satu peneroka FELDA dari tanah rancangan lain pun patut dapat peluang dan ruang sama rata untuk menjadi sebahagian daripada limpahan ekonomi di Stadium terbabit. Jangan hanya bagi pada orang Jengka saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu la segala acara selain daripada sukan bola sepak termasuk keagamaan dan hiburan picisan itu..

      Delete
  5. Udah dipakai duit peneroka. Suka-suka pula namakan ikut pasukan bola sepak. Pemainnya rata-rata bukan peneroka pun. Elok buat pertandingan namakan stadium ni dari kalangan peneroka FELDA terlebih dahulu. Tolong sensitif sikit!

    Kalau jadi buat pertandingan tu. Saya ada beberapa nama nak dicadangkan.

    - Stadium Millennium FELDA
    - Stadium Platinum FELDA
    - Stadium FELDA 1Malaysia


    -anak jengka-

    ReplyDelete