Sunday, September 22, 2013

Umno: Sial Punya Nombor!


Selesai sudah sesi penamaan calon Pemilihan Agong Umno semalam yang bertempat di PWTC. Pelbagai insiden, spekulasi dan kejutan berlaku di sepanjang proses penamaan belangsung.

Insiden berlaku nampak remeh tetapi sedikit sebanyak telah mencalar kredebiliti Umno dalam menyusun atur proses pendaftaran calon. Ada calon yang datang sendiri, ada yang sekadar menghantar wakilnya. Diantaranya datang dari jauh dan sanggup bersengkang mata seawal 4.30 pagi di hadapan pintu masuk ruang pendaftaran.

Mereka ini telah diberikan angka giliran dan menarik nafas lega kerana mendapat giliran awal untuk calon pilihan mereka. Berbaloilah bagi mereka yang berusaha susah payah ni menanti pagi pagi buta.

Malangnya setelah pintu laluan pendaftaran dibuka. Situasi yang pada awalnya tenang berubah kelam kabut apabila orang ramai bertindak menyerbu masuk bilik penamaan calon tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.

Mereka yang beratur bersama nombor giliran terpinga-pinga melihat situasi mengejut ini. Para calon dan wakil seolah-olah hilang pertimbangan dan harga diri dalam mendapat nombor kecil. Akibatnya susun atur dan proses perjalanan pendaftaran berterabur dan menyakitkan hati orang lain yang mengikut peraturan.

Dah tu calon dan wakil yang sepatutnya beratur untuk ke meja pemeriksaan, boleh slumber melangkah terus ke meja serah borang. Musykilnya para petugas yang sepatutnya sedia maklum akan proses pendaftaran ini bertindak tutup mata dan melayan kerenah calon dan wakil tiga suku yang tidak mengikut susun atur yang dimuktamad oleh pihak pengurusan.

Golongan yang potong queue ini boleh pulak buat derrk dan senyum kambing mendapat giliran awal lepas serah borang. "Macam dunia ana yang punya". Tindakan oleh mereka yang tidak bertamadun ini sekaligus menjejaskan persepsi ahli akar umbi terhadap pihak pengurusan.

Jika perkara ini tidak diatasi sebaiknya, pemilihan di masa-masa akan datang, para perwakilan dan bakal calon mula merasakan tiada perlunya mengikut peraturan ini lagi. Kalau baru di peringkat nak daftar calon dah huru hara, macam manalah gamaknya bila bertanding lepas ni.

Nampaknya transformasi bagi mendisplinkan para ahli masih jauh ketinggalan dalam parti. Kesudahannya yang menjadi mangsa keburukan perangai segelintir ahli ini bukan sahaja terpalit kepada pihak pengurusan tetapi keseluruhan parti itu sendiri.

Perisik: Selalunya calon potong queue ni kalah dulu! Hehe

No comments:

Post a Comment