Friday, September 6, 2013

Jangan Memandai Naikkan Tambang Teksi-Bas


Bila harga minyak naik, pelbagai pihak melihatnya sebagai batu loncatan untuk dijadikan alasan klise menaikkan harga produk atau perkhidmatan. 

Perkara ini pun sudah mula kedengaran dalam industri perkhidmatan pengangkutan awam, di mana para pengendali bas dan teksi punya perancangan untuk menaikkan tambang bagi perkhidmatan disediakan.

Namun Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengingatkan supaya penyedia perkhidmatan tidak menaikkan tambang sesuka hati. 

Jika berdegil, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pengendali yang sengaja menaikkan caj tanpa kelulusan, walaupun dengan alasan untuk menampung kos operasi.

“Kenaikan ini memang sudah pasti akan memberi impak kepada industri pengangkutan awam darat. Ini kita tak boleh elakkan. Tetapi pemandu teksi dan bas kena bersabar dan jangan tergesa-gesa menaikkan tambang,” kata Syed Hamid


Jadi janganlah para pengendali mengambil tindakan melulu atau memandai-mandai membuat kenaikan tambang tinggi ikut suka. Tunggulah kadar tambang baru dari kerajaan kerana pihak SPAD sudah sedia maklum akan kesukaran yang dialami oleh sebahagian para pengendali pengangkutan awam.

Beberapa penelitian perlu diambil kira supaya kepentingan kedua belah pihak pengendali dan orang awam diperlihara daripada terbeban. 

Ada yang berpendapat supaya menilai semula kuota harga diesel yang diberi kepada pengendali bas dan ada juga mencadangkan beberapa permintaan lain bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung. Namun itu semua akan diperhalusi sebaik mungkin.

"SPAD dijangka membuat pengumuman mengenai ambang teksi yang baru ini tidak lama lagi, sebelum tahun berakhir" jelas Syed Hamid lagi. 

No comments:

Post a Comment