Masing-masing tahu mereka bakal melalui laluan sukar dalam pemilihan kali ini kerana perlu berkempen menonjolkan diri kepada beratus ribu perwakilan yang mengundi nanti.
Dalam proses mencipta pengaruh ini, terbentuklah beberapa subtribe atau kelompok terasing dalam Umno yang mempunyai pengaruh agak besar kepada perwakilan untuk memberi sokongan antara satu sama lain.
Maka, mulalah kedengaran pengumuman secara TERBUKA oleh individu-individu atau kumpulan bagi menyatakan sokongan kepada rakan dalam subtribe yang sama. Akan tetapi adakah subtribe ini dianggap majoriti untuk menjamin kemenangan seseorang calon?!
Cuba kita perhatikan sahaja berita-berita KONONnya sokongan besar-besaran kepada Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk terus menjadi Ketua pergerakan Wanita.
Jika kita lihat setiap pengumuman! Tak ubah sekadar wayang dan perang psikologi yang serentak dimulakan oleh ketua-ketua bahagian atau cawangan. Mungkin mereka ini berani bertindak setelah kekenyangan Burger Eropah dan Kebab Arab!?
Buat masa ini Ketua di peringkat bahagian dan cawangan memang boleh membuat apa jua kenyataan bahawa keputusan sebulat suara menyokong Shahrizat!
Tapi jangan sesekali lupa kepada angka 150 RIBU tu! Adakah semudah itu untuk meyakin dan memastikan pendirian para perwakilan sebesar ini untuk terus kekal memilih anda!
Fikir-fikirlah kata-kata Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah berkongsi pengalamanya yang HATI manusia ini kita tak dapat nak jangka, kerana ia boleh berubah sekelip mata. Hari ini kata sokong. Tiba-tiba besok boleh terus menyampah mual dengan calon.
Kata orang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Jadi jangan bersorak terlalu awal bagai kemenangan sudah berada dalam gengaman! Sebab proses pengundian adalah rahsia mengikut individu perwakilan!
Di waktu semuka bermesyuarat dengan ketua bahagian atau cawangan di angguk sokong tanpa berbelah bahagi. Bila semuka kertas undi, lain pula dipilihnya.
Otai politik Tan Sri Syed Hamid Albar, turut menganggap memberi sokongan secara terbuka ini sebagai sesuatu yang tidak sihat untuk Umno.
“Seseorang individu itu nak sokong sesiapa pun tak apa. Tetapi ia tidak harus dilihat seperti ada “sistem papan” iaitu ada geng ini, geng itu, clique ini, cligue itu. Ia akan menghancurkan Umno.
“Saya tengok sistem “papan” ini sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau kebangsaan akan menghancurkan UMNO. Kita bila nak bertanding, tak payahlah nak umum sokong siapa. Ibu pejabat pun tak boleh masuk campur. Setiausaha agung pun tak boleh masuk campur,” kata Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi itu.
“Ini adalah pertandingan bebas untuk parti. Inilah kali pertama kita nak adakan pertandingan yang dipanggil demokratik. Berilah peluang kepada ahli parti supaya dia tak tutup mata, tak tutup telinga untuk menegur pemimpin dan tidak mengamalkan sindrom bisu,” katanya lagi.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui di sidang media mengumumkan bertanding Naib Presiden, turut sependapat bahawa tiada perlu menyatakan sokongan terbuka begini.
Jadi usaha perang psikologi kononnya Sharizat menerima sokongan besar ini amat diragui ketulenannya. Janganlah memperbodoh para perwakilan dengan bermain wayang begini.
Perbuatan bermain wayang ini bukan sahaja menghina malah merendah-rendahkan kemampuan para perwakilan dalam memilih barisan pemimpin demi keutuhan parti dalam menghadapi pembangkang pada PRU14.
No comments:
Post a Comment