Monday, September 30, 2013

Serang Menyerang Kempen PAU!


PAU dah dekat! PAU dah dekat! Macam-macam kejutan dan game perisik lihat sepanjang proses beberapa minggu pendaftaran calon Pemilihan Agong UMNO (PAU) ni. Kalau kisah penamaan dijadikan filem, memang seronok layan sambil makan jajan. Tak pun pekena kopi-o, disulami cekodok dan leko. 

Ada saajaaa yang berlaku! Ada yang bersikap terbuka, ada  yang bersikap tertutup. Ada yang tarik diri, ada pula yang daftar mengejut. Ada yang tak muncul, tiba-tiba boleh terpacul. Ada itu, ada ini. Konpem enjoy..lebih enjoy dari layar Malavita.

Bila sudah selesai proses pendaftaran, mula berputar nombor-nombor calon bertanding di setiap blogawan. Sokongan atau promosi? Itu Pandangan masing-masing. 

Ada yang pro, ada yang atas pagar, tak kurang jugak rakyat biasa yang tak minat politik tetapi punyai pandangan bernas mengenai calon-calon yang harus dipilih bagi mengekalkan relevansi parti sebagai kerajaan.

Senang cerita blog masing-masing ada barisan calon favorite dan calon keparat! Jadi nak cerita pasal keparat orang, sampai PRU14 pun tak habis. Sebab perangai kepoh majoriti manusia, bila bercerita memang suka tambah rencah dalam kisah buruk orang. Dah luka dicurah cuka! 

Kata dorang, nak serang, dedah keburukan orang atau tidak itu hak masing-masing! Ya lah kubur asing-asing katanya! Cakap hebat bagai bertingkat ilmu makrifat! Cuba bungkus diri, tanam dan talkin sendiri. Memang tak bolehkan! 

Tak faham bagaimana boleh ada blogger tiga suku yang tetiba melantun menyerang tanpa meneliti sasarannya. Mungkin merasakan diri elit sehingga sesuka hati menghembur pelbagai gelaran dan gambaran. 

Lu nak promosi calon ketua pemuda. Itu lu punya pasal. Tapi lu jual diri mencari publisiti dengan serangan murahan? Orang tak mau belilah! Tak ada yang elit daripada penulisan bingai mu itu. Mencanang fitnah dan menganiaya otai yang sudah bersara dari kancah politik.

Tempat untuk kamu,  sama ada elit syurga atau elit neraka? Gua tidak punya kuasa jatuhkan hukum. Tetapi tuan punya badan harus tahu elit mana yang sedang dituju dengan penulisan keanak-anakan.

Nak sebut nama blog tu pun gua tak lalu. Tanya kengkawan pun asyik tersasul sahaja. Apa nama dia? Luar kotak. Otak luar tengkorak. Outbox. Ntah mana yang betul pun tak pasti. Duduk diam-diam lagi bagus. Kalau masih berbunyi! Kisah hitam mu sudah ada dalam kantung. Bukan kantung di dalam seluar tu. Tu kecik sangat!


No comments:

Post a Comment