Monday, September 30, 2013

PAU13: Calon Ketua Wanita Dicabar & Tercabar


Nombor-nombor calon Pemilihan Agung UMNO dah dimuktamadkan! Bermulalah sesi jualan nombor yang jelas kelihatan berlegar-legar di dalam facebook, twitter dan blog-blog. Rata-ratanya mempunyai pandangan masing-masing mengapa calon ini perlu dipilih dan mengapa pula ada yang wajib disisih. 

Pandangan dan pendapat ini pula datang dari pelbagai latar belakang sama ada suara dari dalam parti, pro parti, atas pagar atau mereka yang tak ambil port tentang politik tetapi mempunyai idea bernas yang boleh dijadikan tips ketika membuat pilihan.

Paling menarik untuk diulas adalah situasi yang berlaku di dalam pertandingan sayap wanita. Di mana Datuk Seri Azalina yang pada awalnya sudah ready bertanding jawatan Ketua Wanita, bertindak menarik diri dan beralih ke kerusi Majlis Tertinggi pula. 

Tinggallah lawannya Raihan Palestin mencabar penyandangnya, Datuk Seri Sharizat Jalil. Ketika sesi penamaan calon berlangsung ramai beranggapan Shahrizat bakal menang mudah kerana bagi mereka Raihan tidak mampu memberi sebarang saingan walaupun mengeluarkan air mata darah sekali pun.  

Tup tup pada lewat petang hari pendaftaran yang hanya berbaki kurang sejam. Muncul pula susuk tubuh datang mendaftar diri sebagai calon jawatan nombor satu pergerakan wanita. Beliau adalah Datuk Maznah Mazlan.

Ramai dikalangan wartawan dan blogger tidak menjangkakan kemunculan saat akhir ini. Maka timbul pula spekulasi dikalangan media perdana dan media baru membincangkan mengapa last minute Maznah memutuskan untuk bertanding. Bagi menjernihkan keadaan, tuan punya badan pun buat sidang akhbar bagi menjelaskan keadaan.

Perisik yang dah tak minat dengan pergerakan Wanita pun terpanggil untuk mendengar penjelasan pencabar Shahrizat ini. Sebab banyak feedback positif diterima mengenai Maznah ni. Jadi perisik turun bagi mengenali lebih detail tentang orangnya.

Difahamkan Maznah ni sudah berjuang bersama UMNO lebih 30 tahun. Pada 1974 beliau telah diangkat sebagai naib ketua wanita cawangan di Tanjung Api, Kuantan. Pada 1985 beliau terpilih pula menjadi AJK Bahagian Rompin. 

Maznah terus mengorak langkah sebagai ketua wanita bahagian dan pernah menjadi ketua wanita negeri Pahang. Beliau juga telah menerajui tugas-tugas di peringkat undi pilihanraya dalam lebih 20 PRK. 

Beliau telah berkhidmat dengan jayanya sebagai exco wanita sejak 1990an di bawah pemimpin-pemimpin besar seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Zaharah dan Datuk Seri Shahrizat Jalil. 

Calon Ketua Wanita ini turut terlibat dengan mendalam dalam perlaksanaan modul Ketua Sepuluh (K10) yang pada ini dipanggil sebagai jalinan rakyat. Sebelum itu sudah diwujudkan oleh pemimpin lebih awal iaitu TS Zaleha Ismail dan Datuk Rakibah. 

Pada 2008 hingga 2013 beliau telah memegang tiga jawatan serentak iaitu Adun di dewan negeri, di dewan rakyat sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan dewan negara sebagai Senator. Walaupun begitu beliau tidak pernah gagal balik kawasan setiap minggu.


Gambar Hiasan
Rekod pencapaian beliau dalam PRU13 baru ini amat memberansangkan apabila menunjukkan peningkatan sokongan di mana pada PRU2008 mendapat majoriti lebih 3,400 undi dan terus meningkat kepada lebih 6,700 majoriti PRU lepas.

Perisik hanya mampu lampirkan sebahagian sahaja track record calon ketua wanita ini. Jenuh nak menulis semua tak tau bila boleh dihabiskan. 

Tetapi di kalangan rakyat di Rompin dan mereka yang pernah berkhidmat serta berjuang bersama beliau. Sudah tahu dan yakin dengan kamampuan Datuk Maznah Mazlan untuk menggalas jawatan tertinggi pergerakkan wanita. 

No comments:

Post a Comment