Sunday, July 7, 2013

SPAD: 8,602 Tangkapan! Pencapaian Atau Pengaiban?


Setelah tiga tahun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan sebanyak 11,156 operasi telah dijalankan dan 8,602 tangkapan berjaya dibuat oleh unit penguatkuasa SPAD. Statistik tiga tahun dari 2011 hingga Jun 2013 ini membabitkan pelbagai jenis kesalahan pengangkutan melibatkan teksi, bas, lori, ulat dan prebet sapu.

Soalnya, adakah angka ini satu kebanggaan rakyat negara ini? Jawabnya, sedikit ya dan lebih kepada TIDAK. 

Pembaca sedia maklum, unit penguatkuasa SPAD telah melakukan tangkapan melalui operasi-operasi bersepadu bersama pihak berkuasa lain seperti Polis, Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain.

Jumlah operasi yang besar ini menunjukkan bertapa pihak SPAD komited dalam memastikan penyedia perkhidmatan awam di negara ini mengikut undang-udang dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sekaligus melindungi  hak pengguna dari menjadi mangsa penipuan dalam menggunakan perkhidmatan awam di Malaysia.



Apa yang perlu kita ingat, usaha unit penguatkuasa SPAD ini bukan untuk menghukum atau mencari salah semata-mata. Tetapi adalah untuk mendidik para penyedia perkhidmatan awam disamping memperbaiki kualiti servis yang sering menjadi mangsa cemuhan pelancong dalam dan luar negara.

Dalam penjelasan tadi, menggambarkan bertapa SPAD serius dalam menjalankan tugas penguatkuasaan. Akan tetapi angka ini turut memberi makna lain yang harus kita renungi. Kerana dari statistik tiga tahun ini, jumlah pesalah yang ditangkap TIDAK menunjukkan angka penurunan malahan terus meningkat saban tahun. 



YA...! Satu standing ovation boleh diberikan kepada SPAD kerana berjaya membuat jumlah tangkapan setinggi ini. Adakah ini kerana SPAD semakin CEKAP dalam menjalankan tugas?!

Atau sebenarnya semua angka ini menunjukkan MORAL para penglibat perkhidmatan awam di negara ini AMAT RENDAH sehingga sanggup memperjudikan nasib mereka dengan mengenepikan peraturan; dan akan terus melanggar undang-undang selagi tidak tertangkap! 

Pihak SPAD kalau boleh tidak mahu membuat tangkapan sampai beribu-ribu macam ni! Tetapi apakan daya masih ramai yang berdegil dan terus membuat pelbagai kesalahan sehingga menjejaskan kepentingan orang awam. Walaupun tindakan tegas sudah diambil, ada juga yang terus melakukan kesalahan dan ditangkap kali kedua. 

Dalam hal begini, jangan disalahkan kerajaan atau SPAD kerana semua ini jelas menunjukkanh MORAL dan tahap kesedaran yang rendah dikalangan penyedia perkhidmatan. Mereka ini tidak belajar dari kesilapan lalu atau tidak mahu belajar dari kesilapan rakan-rakan mereka yang sudah tertangkap.

Sekarang anda nilai semula! Adakah statistik tangkapan tinggi ini satu PENCAPAIAN atau PENGAIBAN kepada industri pengangkutan negara?

1 comment:

  1. Mcm bulan puasa nt le, banyak kna tangkap x puasa, adakah krana ramai x puasa atau pejabat agama rajin buat tangkapan? Apapun rakyat malaysia ni pelik sikit, bila kena tangkap atau saman atas kesalahan sndiri ni yg jadi mangsa ialah krajaan, sertamerta jadi antikerajaan, dh bnyak kes aku jumpa.. kena saman langgar lampu merah tetiba abg polis dn kerajaan yg kena maki, xdapat permit teksi kerajaan jgk yg kena, diistihar muflis krajaan jugak yg kena, rakyat malaysia kena ubah mentaliti penyakit salahkn orang lain ni.

    ReplyDelete