Thursday, July 18, 2013

Nak Naik Bas Ekspres? Ketahui Hak Anda!


Bila tiba bulan puasa, maka perancangan nak balik kampung dah kena dibuat awal. Antaranya beli baju, kuih, hiasan dan lain-lain. Paling penting medium pengangkutan yang bakal digunakan nak balik kampung nanti.

Jadi bagi yang merancang balik kampung menaiki bas. Ketahuilah hak anda serta situasi semasa sedang berlaku dalam industri pengangkutan awam di musim perayaan.

Bermula 8hb Julai tambang bas ekspres akan dikenakan caj tambahan sebanyak 10% untuk semua perjalanan tak kira ke utara, selatan atau pantai timur. Tapi ni bukan kenaikan kekal, cuma sementara iaitu berakhir pada 8hb September 2013.

Dah tu kalau nak beli tiket nanti, pastikan beli di kaunter yang sah. Jangan layan kalau anda dihampiri oleh ulat tiket individu atau pasangan yang cuba menjual tiket bas ekspres kepada anda. Sebab sidiket ulat tiket ini sering mengenakan caj berlipat kali ganda dan ada diantaranya adalah tiket PALSU! Sia-sia je tak dapat balik kampung nanti.

Bila beli dikaunter nanti, sila pastikan tiket bas anda mengandungi maklumat seperti nama syarikat, nama terminal dan destinasi, tarikh dan masa, nombor tempat duduk dan harga tiket (termasuk 10%). 


Sebagai maklumat tambahan, tambang bas ini adalah mengikut kategori perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pengendali syarikat bas berkenaan seperti:
i-   Kategori    : Ekonomi
     Kadar        : 0.085sen/km
     Kemudahan: Berhawa dingin

ii-  Kategori    : Eksekutif
     Kadar        : 0.15sen/km
     Kemudahan: Pelayan, minuman ringan (halal) dan berhawa dingin

iii- Kategori     : Perdana
     Kadar        : 0.25sen/km
     Kemudahan: Pelayan, makanan dan minuman ringan (halal) dan berhawa dingin, lampu untuk bacaan, televisyen, pemain cakera padat video dan radio, kerusi sandar lengkap dengan tempat makanan.

Di sini anda sepatutnya sudah dapat mengagak kategori perkhidmatan bas apa yang anda gunakan berdasarkan kiraan kadar per kilometer dan jarak perjalanan. Dan jangan lupa masukkan sekali caj tambahan 10% yang dinyatakan tadi.

Dah sebut pasal keluar duit, di sini perlu diingat bahawa perkhidmatan bas ekspres di Malaysia turut menyediakan tambang istimewa kepada individu yang menepati syarat-syarat seperti:
i-  Percuma untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah.
ii- 75% diskaun diberikan kepada kanak-kanak di antara 7 tahun hinga 12 tahun ke bawah. dan akhir;
iii-75% diskaun diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas.

Kalau rasa-rasa anda atau ahli keluarga layak dapat diskaun ni jangan lupa bawa sekali dokumen sah seperti kad pengenalan kad OKU dan lain-lain sebagai bukti yang anda benar-benar layak mendapat kadar istimewa ini. Janganlah cuba-cuba nak kelentong beli tiket ni yer!

Selesai tentang tambang, penyedia perkhidmatan bas ekspres hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di Terminal atua Hentian yang diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pihak syarikat bas harus mengingatkan pemandu mereka supaya melengkapkan perjalanan dan tidak boleh diarah menukar bas semasa dalam perjalanan. Kepada penumpang, bila tiba masa nak balik kampung nanti, jangan lupa berada di Terminal Bas selewat-lewatnya setengah jam sebelum perjalan bermula.

Pastikan hak anda sebagai penumpang bas ekspres terjamin dan jika ada sebarang aduan sila hubungi talian HOTLINE: 1800-88-SPAD (7723). Pastikan anda menyediakan maklumat seperti:

  • Tarikh dan masa kejadian
  • Lokasi kejadian
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Gambar atau video

Maklumat lengkap ini penting bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan dan melakukan pendakawaan terhadap pesalah.


No comments:

Post a Comment