Tapi diskaun yang diberikan kebiasaannya setara dengan khidmat. Jadi janganlah harapkan kualiti 100% bila anda perangai macam ni. Bak kata omputih "You Pay Peanuts, You Get Monkey".
Lebih sengkek tahap kedekut ada yang enggan menghantar kenderaan ke bengkel. Cukup sekadar mendapatkan alat ganti dan melakukan pembaikan sendiri kenderaan di rumah. Walhal tuan badan tak pernah repair kereta tetiba boleh jadi "MacGyver" buat itu ini. Hasilnya, anda sendiri tahulah!
Tetapi lebih membimbangkan apabila perangai selekeh ni turut berlaku dalam pengangkutan awam, terutamanya pada pemilik bas sekolah. Cuba bayangkan bas sekolah yang membawa berpuluh-puluh budak ke sekolah tetapi ciri keselamatan tidak menepati piawaian minimum.
Ramai ibu bapa tak ambil peduli akan tahap keselamatan dan keselesaan bas sekolah yang digunakan oleh anak mereka untuk ke sekolah. Bagi mereka, janji anak boleh pergi dan balik sekolah kira O.K lah!
Ada juga ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain kerana itulah satu-satunya bas yang sanggup mengambil dan menghantar anak mereka dari rumah ke sekolah. Mungkin berlaku di kawasan perumahan baru, tetapi ia masih kes terpencil.
Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad memberitahu ada bas sekolah yang menggunakan PAPAN LAPIS untuk menggantikan dinding atau bumbung bas yang rosak! Inilah pemilik bas sekolah yang berangan sehebat MacGyver! Cam siot!
Dah lah guna papan untuk perbaiki struktur bas, tapi tambang yang dikenakan tak nak kalah! Sama sahaja harganya dengan tambang yang dikenakan oleh pemilik bas sekolah yang setaraf bas ekspres.
Kalau situasi macam ni bak kata omputih tadi dah berubah "You Pay Cash, But You Still Get The Monkey". Bayar mahal-mahal, tapi perkhidmatan dapat bas papan macam ni?! Dalam hal ini, ibu bapa dan anak mereka menjadi mangsa jika berlaku perkara tidak diingini.
"Dengan kewujudan bas sekolah seperti itu, ibu bapa perlu bijak memilih pengusaha bas sekolah untuk menghantar anak ke sekolah. Pastikan bukan bas sekolah haram dan bas terbabit mestilah berdaftar dengan PUSPAKOM" kata Che Hasni.
Cuma disini, harap pihak SPAD dan PUSPAKOM dapat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan atas talian bagi memudahkan ibu bapa mengenal pasti status bas sekolah sama ada ianya bukan bas sekolah haram dan selamat digunakan.
No comments:
Post a Comment