Istilah Arab Spring ini pada mulanya di anggap sebagai kebangkitan rakyat di timur tengah. Sebenarnya para pelapor media barat dilihat secara berlebihan mesensasikan isu-isu sehingga mengatakan bahawa kebangkitan Arab Spring ini membabitkan 17 negara!!
Senarai negara-negara yang dilaporkan terlibat dalam Arab Spring adalah:
- Algeria - Bahrain - Egypt - Iran
- Iraq - Israel - Jordan - Kuwait
- Lebanon - Libya - Morocco - Palestine
- Arab Saudi - Syria - Tunisia - UAE - Yemen
Dari senarai ini, hanya beberapa negara sahaja yang menunjukkan secara drastik kebangkitan rakyat mereka iaitu Tunisia, Libya, Egypt, Yemen dan Syria. Selebihnya adalah berkaitan isu terpencil yang cuba dimanipulasi dengan melampau oleh media barat yang berpengaruh.
Palestine pula memang sudah lebih 60 tahun berada di dalam konflik dengan penghuni haram Israel. Dua nama ini tiada kena mengena dengan istilah Arab Spring. Lagi pun Israel tidak diiktiraf sebagai sebuah negara oleh kebanyakan negara.
Manakala Arab Saudi pula berlaku petelagahan mengenai polisi dalaman negara berkaitan larangan wanita memandu! Tetapi dimanipulasi dengan jahat oleh media barat dengan memberi gambaran kepada penonton dunia bahawa ia merupakan diskriminasi terhadap wanita.
Akan tetapi adakah kita memahami mengapa larangan itu dibentuk awal-awal? Lagi pun siapa kita yang bukan warga Arab Saudi untuk mempersoal sedangkan majoriti warganya menyokong! Sebagai orang luar takkan nak mengajar tuan rumah bagaimana nak susun perabot rumah mereka.
Secara tidak langsung media barat dilihat cuba meracuni pemikiran warga dunia untuk menyebok dalam hal ehwal rumah tangga orang. Perlu ingat mengapa pepatah "Jangan Jaga Tepi Kain Orang" sering hinggap di telinga kita.
Iran pula tidak asing menjadi sasaran perang saraf dengan pelbagai sekatan ekonomi dari negara barat terutamanya Amerika Syarikat dan Israel. Ancaman dalaman Iran bukan kerana majoriti rakyatnya bermazhab Syiah, akan tetapi kerana dasar perlaksanaan nuklear oleh negara tersebut yang tidak disenangi oleh AS dan Israel.
Ramai pemerhati politik dunia beranggapan bahawa tindakan AS mengencam dasar nuklear Iran adalah atas desakan Israel. Pelik juga bagaimana negara haram yang kecil mampu menjadikan AS sebagai boneka mereka dalam menipulasi dasar dunia.
Terlebih dahulu yang menjadi mangsa kebuasan AS-Israel adalah Iraq pada May 2003. Istilah Weapon of Mass Destruction (WMD) telah dicipta barat dan dijadikan alasan untuk menyerang Iraq.
Kesudahannya sehingga AS keluar sepenuhnya dari Iraq pada Disember 2011. Tiada satu bukti menunjukkan bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah! Jadi apa tujuan sebenar mereka?
Negara-negara lain seperti Kuwait, Algeria, Lebanon, UAE, Bahrain, Jordan dan Morocco pula tidak menunjukkan sebarang kebangkitan yang ketara rakyatnya. Jika diperhatikan isu dalaman timbul hanyalah berkisar tentang ketidakpuas hati segelintir minoriti warganya.
Dari sudut sosio-politik ia dianggap sesuatu yang normal untuk sesebuah negara menghadapi pencanggahan dalaman. Kerana bukan mudah untuk sesebuah kerajaan untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang penting suara majoriti yang diambil kira dalam perlaksanaan atau pembentukan sesebuah dasar.
Di sini kita dapat lihat kelicikan para pelapor media barat yang begitu licik dalam mesensasikan secara berlebih-lebihan masalah dalaman yang kecil sesebuah negara. Sekali lagi, apa tujuan sebenar mereka?
Jawapan utamanya adalah kerana 17 negara yang terletak di timur tengah ini mempunyai rizab terkumpul minyak mentah dan gas antara yang terbesar di dunia. Minyak dan gas ini menjadi sumber pendapatan utama negara-negara tersebut.
Dengan hasil minyak ini, negara-negara timur tengah ini sebenarnya dapat menjadi kuasa utama dalam mengawal pola ekonomi dunia. Sebab itu kita mendengar kata-kata "Whoever controls the energy, controls the world".
Anda sendiri dapat melihat bagaimana harga minyak memberi kesan domino kepada harga barangan sekeliling kita. Bahan makanan, pembinaan, komponen, industri dan lain-lain akan terkesan dengan perubahan harga minyak ini.
No comments:
Post a Comment