Matlamat menghalalkan cara. Melalui pengarah PRK K. Besut, Datuk Husam, sekali lagi menjalankan M.O serupa ketika dirinya megah sebagai exco negeri Kelantan. Bila dicicirkan dari jawatan itu selepas PRU13, beliau tampak tidak menentu dan kemunculannya sekadar hangat-hangat tahi ayam di arena politik.
Jelaslah aura si Husam semakin kusam! Jadi jawatan sebagai pengarah PRK ini dilihat sebagai platfom membuktikan dirinya masih relevan dalam PAS. Sedangkan suara-suara sinis sudah kedengaran bila beliau dilantik sebagai pengarah.
Ada tepuk dahi, ada yang tak puas hati! Senang cakap pilihan husam sebagai pengarah PRK umpama bunuh diri! Atau ia adalah strategi tersirat pimpinan PAS untuk membunuh karier politik husam.
Antara fitnah yang dilakukan adalah dengan menyebarkan risalah kononnya BN akan memberi duit RM500 kepada pengundi! Sehingga ramai terpedaya dan ada yang datang menuntut wang terbabit!
Hakikatnya ia merupakan taktik lapuk PAS dalam merosakkan kredabiliti BN di mata pengundi. Sedangkan majoriti pengundi Kuala Besut tahu jika BN melakukan ini ia menyalahi peraturan pilihanraya. Lagi pun apa perlu memperjudikan nasib sedangkan keputusan awal lebih positif pada BN.
Tidak cukup dengan itu, disebarkan pula risalah tidak bermaruah dengan meletakkan gambar Nik Ajis disamakan dengan 'khinzir'. Satu lagi strategi lapuk PAS dalam usaha mendapatkan undi simpati di kalangan penduduk Kuala Besut.
Strategi begini sudah acapkali kita lihat pada PRU, PRK mahupun pilihan raya kampus. Taktik digunakan bagi menggambarkan bahawa mereka teraniaya dan diancam oleh parti lawan. Tujuannya mudah, bagi menggambarkan bahawa BN adalah sebuah parti tidak bermaruah tergamak menyamakan pemimpin "zuhud" mereka dengan Mr Khin-.
Apa-apa pun rakyat sudah bijak menilai dan memahami permainan politik pembangkang dalam menghadapi BN dalam setiap pilihanraya. Paling tak boleh blah..taktik murahan mereka menyebarkan gambar Anwar kononnya berada di Makkah menunaikan umrah. Dengan niat untuk mendiamkan para anti-anwar yang selama ini berpendapat Anwar tidak berani menjejakkan kaki ke Tanah Haram.
Mungkin ada yang percaya. Tapi ramai diluar sana yang pakar grafik, photographer dan creative melihat terdapat banyak kecacatan pada gambar yang dihebahkan. Antaranya dari sudut pencahayaan yang tidak seimbang antara objek sekeliling dengan latar belakang.
Sekaligus menunjukan teknik 'Chroma Key Green' digunakan bagi mewujudkan gambar terbabit. Pendapat mereka ini nampaknya cukup membuatkan balaci-balaci pembangkang terdiam kerana dikalangan mereka turut melihat kecacatan serupa pada gambar terbabit.
Gambar diatas telah di'crop' oleh penyokong tegar pembangkang bagi menutup kecacatan pengcahayaan.
Lagi satu zaman sekarang semakin canggih, pelbagai gajet yang mempunyai kebolehan rakaman VIDEO. Puak pembangkang hanya mampu menampil Still Foto pemimpin mereka. Bukan untuk mempertikaikan ibadah seseorang. Cuma terlalu banyak persoalan dari situasi dan masa gambar ini dikeluarkan betul-betul pada tarikh hampir membuang undi esok.
Kalau betul..sepatutnya tak menjadi masalah buat Anwar untuk merakam dirinya di hadapan Kaabah seperti yang dilakukan oleh Saiful Bukhari!!
No comments:
Post a Comment