Friday, August 15, 2014

ADUN Pas Persetan Keputusan Majlis Syura


Baru beberapa hari lepas PAS memberi jaminan bahawa kesemua 15 ADUNnya menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar. Ia selari dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura dalam menilai kemelut yang sedang melanda politik Selangor. Ekoran daripada itu, buat pertama kalinya Negeri Selangor dipimpin oleh Menteri Besar bebas.

Sebelum ini, Khalid kelihatan terumbang-ambing mengekal kedudukannya. Masakan tidak, apabila barisan pemimpin tertinggi PKR mendesak supaya melepaskan jawatan secara rela. Keengganan beliau disambut ugutan oleh puak tertinggi PKR dengan mendedahankan dalil-dalil mengapa Khalid tidak layak jadi MB. 

Cubaan PKR untuk menghantar Wan Azizah menghadap DYMM Sultan Selangor ditolak. Pertemuan Anwar-Hadi pula menemui kegagalan kata sepakat. Ditambah lagi DYMM Sultan Selangor sendiri perkenan Khalid kekal MB dan Exco yang menetangnya dipecat. Nampaknya political game dimulakan Anwar memihak kepada Khalid.

Seperti perisik nyatakan dalam artikel sebelum ini, kem Anwar tidak tunggu lama untuk counter attack apabila Wan Azizah mengumumkan yang dia memperolehi majoriti sokongan 30 kerusi ADUN. Ini berikutan dua ADUN Pas dengan tidak semena-mena membangsatkan keputusan Majlis Syura untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB. 



PAS pusat sendiri terperanjat dengan tindakan dua ADUNnya dan telah menegaskan supaya mereka menarik balik sokongan dalam masa 24 jam. Dua makhluk tersebut adalah ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin. Majoriti ahli Pas di setiap peringkat pemuda, negeri dan lain-lain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua ADUN ini.

Perkembangan ini, sedikit sebanyak menggusarkan Khalid akan tetapi tidak cukup untuk membuatkan beliau melepaskan jawatan serta merta. Game setakat ini mula beralih kepada Wan Azizah. Akan tetapi adakah Khalid akan memberi jalan mudah buat puak-puak tersebut. 

Adakah Khalid akan memilih langkah membubarkan ADUN sebagai jalan terakhir?


No comments:

Post a Comment