Friday, October 14, 2011

Peneroka Hebat Langsai Segala Hutang


Terbukti hebat, jujur dan amanah. Itu yang mampu diucapkan kepada seramai 102,560 peneroka yang sudah menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada FELDA sebanyak RM3,105 juta atau RM3.1 Billion.

Ini membuatkan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) mati akal untuk mencari titik kelemahan pengurusan FELDA. Kamarul sengaja mengajukan soalan kepada Datuk Ahmad Maslan untuk mengetahui berapa ramai peneroka yang masih berhutang. 

Jumlah yang masih berhutang hanyalah seramai 10,075 orang yang terdiri daripada RM92.863 juta pinjaman belum berbayar. Amat jauh berbeza dari angka yang disebutkan awal tadi. Ini bermakna hanya baki 9% sahaja peneroka yang masih dalam peringkat pembayaran balik pinjaman.

Sehingga 1 Okt 2011, jumlah pinjaman bagi 112,646 peneroka adalah RM3,220 juta atau RM3.2 Billion. Ini merupakan kos pembangunan yang didahulukan oleh FELDA yang meliputi kos pembersihan hutan, pembangunan ladang, pembinaan rumah dan pinjaman persendirian.

Pinjaman ini tidak termasuk bantuan sara hidup dan pinjaman lain yang disediakan FELDA berjumlah RM2,313.16 juta atau RM2.3 Billion. 


Pinjaman lain yang diberikan adalah seperti:
  • Pinjaman pembesaran rumah - RM665.01 juta
  • Skim Insentif Usahawan - RM87.60 juta
  • Pinjaman pelajaran - RM7.40 juta
  • Pinjaman komputer - RM9.66 juta dll

Sehingga kini FELDA telah mendahulukan bantuan sara hidup bagi peneroka menanam semula berjumlah RM1.4 Billion.
< Memang ada banyak lagi bantuan-bantuan dan insentif yang disediakan oleh FELDA. Bagaimana pula pihak yang sana tu boleh mangatakan FELDA muflis?! 

Pembentangan yang dilakukan oleh Ahmad Maslan telah menyebabkan pembangkang muflis idea untuk menyerang FELDA.

Kecur... meleleh air liur melihat jumlah kewangan yang diumumkan Ahmad Maslan. Sebab baru mereka tahu yang FELDA ini merupakan LUBUK EMAS negara. 

Sebab itu mereka berkempen bagai nak histeria bagi menawan Putrajaya. Dapat Putrajaya dapatlah lubuk emas tu.

Selama ini mereka tidak tahu kehebatan FELDA. 

Sebab itu strategi cuit-cuit untuk mendapat maklumat digunakan. Seperti laporan media pro-fitnah mereka mencuit mengatakan FELDA MUFLIS!.

Pihak FELDA pula tiada pilihan, mesti menunjukkan kewangan FELDA kepada umum bagi mengembalikan keyakinan peneroka.

Kami peneroka sudah boleh membaca modus operandi mereka. Sebab itu majoriti tidak segelumit pun kata-kata FITNAH bawaan pembangkang kami percaya.

No comments:

Post a Comment