Tuesday, November 15, 2011

Petugas FELDA Dapat Banglo

Gambar Hiasan
Sedang peneroka semakin meningkat taraf hidup sehingga mampu membina banglo bertingkat dan bekereta. Tapi masih ada kakitangan Felda masih menduduki rumah usang yang hanya mempunyai dua bilik sahaja. 

Akhirnya para kakitangan Felda akan disediakan kuaters yang lebih selesa apabila Datuk Ahmad Maslan mengumumkan mulai tahun depan, pengurus-pengurus rancangan Felda dan kakitangan Felda akan disediakan rumah yang lebih besar dari jenis Semi D sehinggalah ke banglo. Alhamdulillah!


Harga rumah-rumah yang bakal dibina ini antara RM160 ribu sehingga RM270 ribu. Kami peneroka tumpang gembira dengan berita baik ini kerana bagi kami benda ini sememangnya layak untuk semua warga Felda.

Kami sedia maklum bahawa sejak Felda wujud sejak awal 1950an kediaman / kuaters kakitangan Felda tidak pernah dipertingkatkan. Kami berharap proses peningkatan kediaman petugas Felda ini selari dengan kediaman para peneroka. 

Tapi kami peneroka ingin mengingatkan kepada para pegawai Felda kerana masih terdapat beberapa kediaman para peneroka dalam keadaan daif seperti di Palong Timur 02. 

Kami diberitahu bahawa pemilik rumah terbabit telah memohon pinjaman untuk membesarkan rumah sebanyak TIGA kali tetapi tidak DILAYAN! Harap para pegawai Felda dan orang kuat Felda turun padang melihat dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin sebelum parah menjadi barah mainan pembangkang.

Minta Jasa Baik Pihak Berwajib Felda Bertindak Mengenai Pekara Ini

1 comment:

  1. ada x peneroka 2 cakap kenapa permohonan ditolak?

    ReplyDelete