Thursday, December 15, 2011

Memo Bantahan Terhadap PAS

NGO di Pejabat PAS
Pada 11 pagi tadi gabungan NGO iaitu Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Persatuan Bekas Tentera dan Perkasa telah berdemo secara aman dihadapan bangunan PAS untuk menyerahkan Memo bagi menyuarakan bantahan terhadap Mazlan Aliman, orang PAS yang mengetuai Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

Suara gabungan peneroka dan NGO yang bergema di luar perkarangan pejabat PAS di Kuala Lumpur membuatkan Mazlan Aliman kecut perut untuk menonjolkan diri bagi menerima memo bantahan terbabit. 

Ketika berada di sana orang PAS cakap dia tersangkut dalam kesesakan lalu lintas? Apa-apa jer lah Mazlan, perkara bukan tak di beritahu awal-awal. Sekarang Memo dah diserahkan oleh wakil PAS, Fadhil Osman. 
Fadhil
Presiden MBFM, Anuar Abd Manap menyuarakan ketidakpuashati para peneroka  terhadap tindakan Mazlan Aliman dalam memburuk-burukkan oraganisasi FELDA. Ini merupakan taktik jijik pembangkang untuk menutup periuk nasi para peneroka. 
Anuar Abd Manap
Ramai yang hadir menentang campurtangan luar dalam FELDA. Selain itu turut mengingatkan tindakan segelintir dalaman FELDA supaya jangan menjadi gunting dalam lipatan. Untuk lebih jelas, jangan jadi PEMBELOT!




Sebenarnya, tiada isu yang wujud di dalam FELDA. Isu Datuk Dzul, Tan Sri Isa Samad dan penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa yang dilalakkan oleh ANAK sudah pun dijelaskan oleh FELDA sebelum ini.



Nampaknya pembangkang semakin buntu dan ketandusan idea dalam melemahkan FELDA. Tiada isu baru yang boleh dimainkan dalam bahang PRU13 semakin hampir. 


Jadi taktik basi dengan kitar semula isu lama sahaja termampu dilakukan. Isu yang sudah lama selesai. Hahaha. Tembak peluru kosonglah maknanya. Bunyi jer kuat tapi tak ada kesan

Rakyat dan peneroka khususnya sudah muak di saji dengan idealogi jijik dan fitnah pembangkang.


NGO di Wisma Felda
Selepas sejam di PAS, semua NGO bergerak pula ke Wisma Felda bagi menyuarakan Sokongan kepada Datuk Seri Najib dalam usaha untuk mentransfomasikan FELDA.

Kami peneroka berdiri teguh bersama kepimpinan Tun Razak dan tetap berdiri teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Najib. Insyaallah!



2 comments:

  1. syukur kepada Allah SWT kerana para peneroka FELDA sedar dan tahu bersyukur dengan nikmat yang telah dinikmati pada hari ini. Kami yang tidak bernasib baik menjadi nelayan ni pun tetap syukur dengan nikmatNya walaupun tidak semewah golongan FELDA. Semoga sama-sama kita sokong dan kekalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Berilah peluang kepada Dato Najib Tun Razak untuk memperbaiki kerosakan yang di warisi daripada Tun Dollah (Pak Lah) paling tidak pun 1 penggal lagi. Jika tidak berubah bolehlah diubah...hidup Masyarakat FELDA...

    ReplyDelete
  2. Betul Neilkie,
    peneroka semamangnya bersyukur sebab naik bersama sebuah organisasi yang KUAT seperti FELDA.

    Dulu kita tahu tanam getah dan kelapa sawit jer. Dengan ada FELDA, pelbagai tanaman berpotensi lain turut di ketengahkan.

    Mungkin organisasi KUAT untuk nelayan patut di wujudkan. Supaya bukan hasil laut sahaja di tekankan. Terdapat juga pelbagai potensi seperti ternakan sangkar dapat dibuat.

    ReplyDelete