Saturday, October 8, 2011

Durian Runtuh Untuk Seluruh Peneroka Felda


Koperasi Felda

Rasanya kita semua sebagai peneroka pasti gembira apabila FELDA dimasukkan dalam intipati Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hari ni.

Dalam bajet ni Najib umumkan ada satu lagi syarikat Felda yang akan disenaraikan ke Bursa Saham. Aku tengok memang bertepatan dengan perkembangan FELDA selama ini. 

Sebelum ini, syarikat gula MSM disenaraikan ke Bursa. Masa tu aku tengok, tak sampai sejam diniagakan, harga saham dah melonjak dari RM3 ke lebih RM4 seunit. Yang untung sudah tentu kita semua sebagai peneroka. 

Kali ini, Syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pula dicadangkan ke Bursa Saham. Dengarnya dalam pertengahan tahun hadapan 2013.

Mungkin ramai peneroka dah nampak, ya lah. Bila dah disenaraikan, ramailah pelabur dalam dan luar negara yang akan letak duit melabur dalam FGVH ni. Ini bermakna dana bernilai jutaan ringgit akan terbentuk apabila disenaraikan. 

Kita peneroka sebagai, pemilik saham melalui Koperasi Permodalan FELDA akan merasa tempias pulangan keuntungan melalui dividen kelak. 

Serampang dua matalah kiranya. Untung dividen MSM kita dapat, untung dividen FGVH pun kita dapat jugak. Alhamdulillah syukur.

Ini semua berkat usaha dan kesabaran para peneroka yang merupakan nadi penjana ekonomi negara terutama mereka yang menjadi perintis di dalam Felda. 

Harap pihak Felda dapat menyediakan program latihan mengenai saham ni. Sebab ramai para peneroka ni nak belajar melabur sendiri di Bursa Saham tu. 

Bukan nak tamak, cuma ilmu ni bersesuaian untuk warga Felda yang sudah berusia. Lagi pun aktiviti jual beli saham ini akan merancakkan ekonomi dan aliran tunai dalam negara. Mungkin lepas ni berduyun-duyun peneroka Felda akan berlabuh di bangunan Bursa Saham Kuala Lumpur yang kebiasaannya dikuasai oleh kaum lain.

2 comments:

  1. Saya menyokong usaha penyenaraian ini. Memberi keuntungan kepada orang tua di kampung.

    Terima Kasih Najib

    ReplyDelete
  2. Bagus cadangan ini.
    Gua sokong pandangan terakhir lu blogger. Minta ajar ilmu main saham ni kat peneroka semua.

    Biar penuh org kita pula kat bangunan saham tu..boleh bersaing ngan cina lepas ni.

    Tapi kalau boleh kena ada kawalan.. sebab main saham ni bukan leh buat main bro.

    ReplyDelete