Thursday, November 3, 2011

Belia FELDA Bersaing Merebut Anugerah

Majlis Pelancaran Anugerah Belia Felda Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Felda Villa, Kuala Lumpur semalam.

Pelancaran ni memang dinanti-nantikan oleh semua para belia dan beliawanis FELDA seluruh negara. 


Semua belia terdiri daripada individu atau berkumpulan rupa-rupanya telah pun mula giat menggerakkan pelbagai aktiviti sejak awal tahun lagi bagi merebut takhta dalam beberapa kategori anugerah ini.



Antara kategori yang dipertandingkan:
1- Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia
2- Persantuan Belia Terbaik Bidangan
3- Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis FELDA Malaysia.
4- Anugerah Usahawan Jaya Belia Tani FELDA Malaysia
5- Anugerah Usahawan Jaya Belia Industri FELDA Malaysia
6- Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia
7- Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA 
8- Anugerah Pencapaian Kesenian Belia FELDA Malaysia
9- Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia
10- Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM
11- Anugerah Khas ABFM: Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik


Pemenang untuk setiap kategori akan menerima wang tunai, piala iringan dan sijil penghargaan. Jumlah keseluruhan wang tunai untuk anugerah ini dianggarkan bernilai lebih RM50,000. 



Tujuan anugerah sebegini dijalankan adalah untuk memberi galakan serta membentuk jati diri para belia FELDA untuk menjadi sebahagian kepada kemajuan negara.

Keputusan pemenang bagi setiap anugerah akan berlangsung pada Februari 2012. 

Kami peneroka lihat jumlah wang tunai untuk setiap kategori tidak pernah dipinda atau meningkat sejak 2006 lagi. Nilai saham FELDA meningkat, harga sawit dah naik, tapi untuk hadiah anugerah berprestij ni macam tu jugak.

Belum sempat kami nak suarakan, tak disangka Datuk Ahmad Maslan sudah lebih dahulu membangkitkan perkara ini. Rupanya Ahmad Maslan dalam frekuansi yang sama dengan kami peneroka dalam hal ni.

Ahmad Maslan memberitahu, perkara ini akan diperbincangkan bersama pihak atasan FELDA bagi merealisasikan pindaan ini. Terima Kasih Datuk kerana peka kepada permintaan kami.

No comments:

Post a Comment