Thursday, October 20, 2011

Kerjasama FELDA dengan Cardiff City FC


Memang hebat, semakin banyak peluang diterima peneroka sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu pelbagai insentif bantuan dan bonus diterima, kali ini peneroka dapat lagi suntikan bagi mengembangkan komuniti sukan bola sepak untuk anak FELDA.

Isnin lepas, 17 Oktober, FELDA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kelab Bola Sepak Inggeris, Cardiff City bagi menggerakkan program pembangunan komuniti melalui sukan bola sepak. 

Perjanjian telah ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee.

Nampaknya anak-anak peneroka FELDA selepas ini bakal menerima latihan bola sepak ala "English Club" bagi mencungkil bakat terpendam di kalangan anak-anak peneroka. 

Dua tenaga pengajar dari kelab terbabit iaitu jurulatih, Kevin Cooper dan bekas pemain, Matthew  Holland sudah berada di Malaysia bagi melatih anak-anak peneroka.

Projek perintis dah pun bermula sejak 19 September di Felda Jengka, Pahang dengan jumlah peserta seramai 70 anak peneroka. 

Disebabkan reaksi positif diterima di kalangan peneroka, Dzulkifli mengatakan bahawa FELDA dalam perancangan memperluaskan program ini ke semua 317 skim di seluruh negara yang melibatkan sejumlah 300,000 kanak-kanak.


ps: anak peneroka jer ker? saya nak jugak..manalah tahu terpilih untuk main kat English league.

No comments:

Post a Comment