Monday, August 4, 2014

Bas Kilang Buat Pasal Di CIQ Tambak Johor


Terlalu ikutkan marah, sekumpulan operator bas kilang bertindak bangang menghalang laluan trafik Tambak Johor ke Singapura. Tindakan mengong operator-operator ini adalah kerana tidak puas hati dengan kadar tol baharu untuk keluar dan masuk di Kompleks Kastam, Imegresen dan Kuarintin (CIQ)

Kesempatan ini direbut puak pembangkang dengan memutar belit fakta yang kononnya kerajaan menyusahkan rakyat dan ingin mengaut keuntungan semata-mata. Berapa puluh ringgit kenaikan kadar tol baharu yang terpaksa di tanggung pengguna sebenarnya? RM50? RM100? Nak cerita lebih pun tak guna. Lihat sendiri kadar tol baharunya:

Kadar tol arah masuk Malaysia bagi kenderaan daripada kelas 1 hingga 5 masing-masing adalah RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80. Manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50.

Masih anggap kerajaan zalim? Disebabkan yang buat hal adalah operator bas, kita akan sentuh pasal kadar bas sebagai contoh. Kadar bas iaitu kelas 5 masuk Malaysia adalah RM7.80 dan kadar keluar pula adalah RM5.50. Jadi jumlah yang perlu ditanggung oleh operator ini sehari ialah RM13.40. Bermakna sebulan RM402!! 

Dah berpuluh tahun tak naik-naik, kerajaan hanya berani tingkatkan kadar setakat RM13.40 untuk kelas 5 ini. Masih anggap mahal? Relaks dulu, kita sambung lagi point-point yang lain. Mungkin pembangkang seronok nak bodohkan rakyat yang kononnya Kerajaan Malaysia yang kenakan tol.

Soalnya Malaysia sahaja ke kenakan tol atau caj keluar masuk kenderaan? Bagaimana dengan negara jiran Singapura. Pada yang sudah biasa ke sana, tentu awal-awal dah dah reject putar belit pembangkang. 


Sebabnya Singapura mengenakan caj bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di luar negara. Kadarnya pula lebih tinggi iaitu RM51.40 sehari. 

Nampak perbezaannya!! Malaysia caj tol RM13.40 dianggap mahal! Singapura RM51.40 pula macam mana? Mungkin operator bas kilang ni terdiri daripada rakyat Singapura yang tak kisah bayar kadar VEP pada negara sendiri. Itu satu kemungkinan sahaja.

Tetapi!! Tahukah anda yang Singapura juga telah menaikkan kadar VEP mereka! Kadar VEP yang di caj RM51.40 telah dinaikkan menjadi RM90! Ya ini kadar sehari untuk keluar masuk ke Singapura. Sebulan RM9,259.20!!

Jadi lawak bangang apa yang cuba operator bas ini lakukan dengan melalak menuduh kerajaan zalim itu ini. Pembangkang pula syok dapat peluang balun kerajaan pun tumpang sekaki jadi bangang. Tahniah!


Pada operator Bas kilang yang bertindak biadap meninggalkan kenderaan dan membawa kunci telah mengundang kesesakan selama 5 jam. Ekoran daripada itu, beratus-ratus warga yang bekerja di Singapura terpaksa berjalan kaki menyeberangi tambak. 

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang terlibat di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

No comments:

Post a Comment