Friday, August 15, 2014

16 Jenazah MH17 Tiba KLIA 22 Ogos!!


Taklimat terperinci telah pun dibentangkan oleh Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi MH17 yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishamuddin.

Istiadat penghormatan ini akan diadakan pada 22 Ogos bertempat di Kompleks Bunga Raya, KLIA. Pada hari tersebut turut diumumkan sebagai Hari Berkabung Negara. Antara yang hadir nanti adalah DYMM Agong, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri serta ahli keluarga mangsa tragedi MH17.

Setakat ini, searamai 24 jenazah warga negara telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa Amsterdam. 24 jenazah ini terdiri daripada 14 penumpang dan 10 anak kapal. Daripada jumlah ini, 2 jenazah dikenal pasti pada 4 Ogos lalu, 14 jenazah dikenalpasti pada 8 Ogos, 6 jenazah dikenalpasti pada 12 Ogos, manakala 2 lagi jenazah dikenalpasti pada 13 Ogos.

Bagi majlis istiadat penghormatan jenazah ada 22 Ogos ini, sejumlah 15 jenazah warga Malaysia dan 1 jenazah warga Belanda  dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) jam 10 pagi nanti. 

Perisik difahamkan bahawa jenazah warga Belanda terbabit akan disemadikan di Malaysia atas permintaan ahli keluarga mangsa. Sebab terperinci mengapa ia dibawa ke sini tidak diperolehi.

Jumlah 16 jenazah ini melibatkan enam beragama Islam dan 10 bukan Islam. Baki lapan jenazah lagi belum melalui proses lengkap dan dijadual akan dibawa pulang secara berperingkat-peringkat.

Untuk makluman pihak JAKIM telah berada di Amsterdam bagi menguruskan jenazah beragama Islam. Manakala anggota Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) termasuk pengamal-pengamal agama telah tiba di Amsterdam 13 Ogos lalu bagi menguruskan mayat bukan Islam.

No comments:

Post a Comment