Tuesday, August 19, 2014

Insiden MRT: Laporan Awal Dalam 7 Hari!


Begitulah tegas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dalam memberi maklum balas ketika sidang ringkas bersama media. Pihak MRT Corp diberi tempoh seminggu untuk menyediakan laporan awal siasatan punca kejadian ini.

Lebih kurang pukul 8.30 malam 18 Ogos, pihak MRT telah memaklumkan kepada umum tentang insiden tersebut dan hari ini dalam pukul 2.30 petang pihak SPAD yang diketuai oleh Syed Hamid telah melakukan lawatan mengejut.




Rata-rata pihak media sudahpun terpacak awal di sana, namun hujan yang mulai turun membantutkan usaha untuk melakukan rakaman menyeluruh tempat kejadian. Perisik sempat berbual dengan beberapa pekerja di lokasi serta ahli-ahli bomba yang terlibat. 



Dipercayai terdapat 3 orang pekerja sedang berada di atas struktur landasan yang terletak di atas tiang setinggi lebih kurang 30 meter, sebelum runtuh dan menghempap ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga Bangladesh. Struktur sepanjang 40 meter dan terdiri daripada 14 segmen/span dengan berat melebihi 300 tan keseluruhannya. 

Difahamkan  mayat pertama berjaya dikesan melalui tanda fizikal yang jelas kelihatan dicelah runtuhan. Namun beban runtuhan tidak dapat diangkat sekaligus dan keadaan ini memaksa pihak menyelamat mengeluarkan mayat pertama dengan menggali tanah di bawah tapak runtuhan. 



Dua lagi mayat pula tidak dapat dipastikan kedudukannya. Pihak penyelamat terpaksa memisahkan setiap segmen yang beratnya melebih 20 tan. Dua mayat terakhir berjaya ditemui di segmen/span ke-5 kira-kira pukul 1.30 petang. Pihak kedutaan Bangladesh sudah dimaklumkan akan tragedi yang menimpa warga mereka.

Sehubungan itu MRT Corp telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa akan bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku. Tidak lama selepas itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Hamid mengumumkan perletakan jawatannya. Perisik jangka, keputusan beliau dibuat setelah mengambil kira insiden-insiden yang turut berlaku kebelakangan ini melibatkan pembinaan MRT.



Untuk makluman pembinaan MRT ini perlu mengikuti piawaian kejuruteraan yang amat ketat. Jadi kejadian yang berlaku ini menimbulkan seribu persoalan dimanakan silapnya. Pihak bertanggungjawab mungkin harus menilai dari sudut kejuruteraan pembinaan dan juga faktor persekitaran (suhu, hujan, panas, gegaran kecil dll). Apa-apa pun lebih baik kita nantikan laporan awal dari pihak MRT Corp.




No comments:

Post a Comment