Jemaah Menteri juga telah bersetuju dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Koordinasi bagi upacara menerima jenazah-jenazah ini yang akan diterbangkan dari Belanda.
Jawatankuasa Koordinasi ini akan dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai oleh 10 Menteri yang berkenaan. Manakala Datuk Seri Hishamuddin selaku Menteri Pertahanan dipertangungjawabkan mengkoordinasi Jawatankuasa tersebut.
Mesyuarat pertama jawatankuasa koordinasi ini akan diadakan pada hari esok (Khamis, 7 Ogos 2014) jam 12 tengahari di Kementerian Pertahanan dan akan dipengerusikan oleh Hishamuddin sendiri. Sebelum itu, beliau terlebih dahulu akan mempengerusikan satu mesyuarat khas peringkat Kementerian Pertahanan pada sebelah pagi.
Selain itu Jawankuasa Operasi melibatkan pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi yang berkenaan telah mengadakan dua mesyuarat penyelarasan pada 25 dan 31 Julai lalu berhubung perkara ini.
Antara yang akan menyertai mesyuarat ini:
1. Menteri Luar Negeri, Dato Seri Anifah Aman
2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato Seri Shafie Apdal
3. Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan
4. Menteri Komunikasi, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek
5. Menteri Kesihatan, Dato Seri Dr S Subramaniam
6. Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat, Dato Rohani Abdul Karim
7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir Baharom
8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup
9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Wee Ka Siong
Beberapa agensi lain turut hadir ke mesyuarat koordinasi iaitu:
1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
3. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
4. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
5. Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dll.
Mesyuarat yang dijadualkan esok akan membincangkan secara terperinci persediaan upacara menyambut dan menerima jenazah mangsa MH17. Taklimat dan penerangan lanjut berkaitan tugas serta tanggungjawab akan dilakukan di setiap kementerian dan agensi.
Cadangan dan pandangan yang diperolehi daripada Mesyuarat Koordinasi ini akan dibentangkan kepada TPM pada mesyuarat khas yang dijangka diadakan pada minggu hadapan.
Menteri INI Tak Der Kereja Lain Ker??????
ReplyDeleteYang Mati tu dah Mati ler.. Nie Yang Hidup Nieh Macam Mana? Nak Tunggu Bjaet lagi ker?
Bajet RMK10 - RMK11 RMK12 - RMK13 Tak Bergerak??? Mano duit NYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO...
Walla weeeeiiii
Janganlah KETERLALUAN...