Thursday, May 14, 2015

Sokongan MCA Meningkat Di Dua PRK!



PRK Rompin dan Permatang Pauh yang berlalu baru-baru ini telah memberi indikasi positif pengundi cina terhadap kerajaan. Jumlah pengundi di kedua PRK ini menampakkan peningkatan yang memberangsangkan sekali gus menunjukkan trend pengundi cina yang muak dengan permainan politik jijik DAP/Pakatan dan mula kembali kepada MCA.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun tampil menjelaskan beberapa faktor yang membawa kepada peningkatan sokongan pengundi cina pada PRK ini berbanding PRU13.

Kepincangan pakatan terutama antara PAS-DAP menjadi antara faktor utama. Para pengundi di dua PRK boleh menilai sendiri bagaimana mungkin untuk mereka bersatu memimpin negara jika hal persefahaman antara dua parti tidak diselesaikan. Dua entiti ini sibuk meraih undi atas kepentingan tersendiri yang hanya mudah dilafaz namun mustahil sekali untuk dilaksanakan.

Dalam PRK, lihat sahaja PAS yang sendirian berkempen di Rompin tanpa kehadiran pemimpin besar PKR dan DAP. Di Permatang Pauh pula, PAS yang awalnya enggan membantu berkempen. Menukar pendirian menyokong saat akhir. Itu pun tidak sepenuhnya, kerana ramai akar umbi PAS tidak sanggup menjadi pak turut mengikut sahaja kehendak DAP.

Faktor kedua, adalah kebimbangan pengundi cina tentang perlaksanaan hudud ala PAS. DAP yang merupakan rakan sekutu tidak mampu berbuat apa-apa dengan matlamat PAS ini seperti anjing menyalak bukit. 

Dalam PAS sendiri pun ada yang menentang perlaksanaan hudud. Masa PRU13, hududlah jadi mainan mereka untuk meraih undi. Dicanang pula akan mengajar DAP tentang hudud bagi meredakan keresahan pengundi cina yang selama ini menyokong parti roket. Sekarang semuanya lintang pukang. 

Rata-rata pengundi cina sudah hilang kepercayaan dengan kemampuan DAP bagi memperjuangkan nasib mereka. Semua janji hanya di atas kertas dan pentas. Perlaksanaannya? Langsung tiada. Bagi menutup kegagalan menunaikan janji. Pakatan dengan aktif mencipta fitnah dan kekeliruan dalam banyak isu seperti GST dan 1MDB. 

Walaubagaimanapun, ia tidak merubah pendirian pengundi cina di dua PRK tersebut yang sudah nampak kesan buruk jangka panjang jika terus bergantung harap pada janji dan fitnah pakatan. 

No comments:

Post a Comment