Thursday, August 21, 2014

Baru Tiga Tahun! SPAD Dah Kesan 17,348 Kes Salah Laku


Tu dia! Bukan kecik anak angka kes yang berjaya dikumpul oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Jumlah 17,348 kes ini adalah nilai terkumpul dari Jun 2011 (2,004), 2012 (3,097), 2013 (6,769) dan sehingga Julai 2014 (4,668).

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Chec Hasni Che Ahmad menyatakan bahawa sebanyak 1,413 kes melibatkan teksi, lori dan trak yang melakukan pelbagai kesalahan terutamanya melebihi muatan (1,131 kes), ulat tiket (44 kes) dan teksi sapu (36 kes).


"Kesemua salah laku ini telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya sama ada di bawa ke Mahkamah atau dikompaun" Kata Che Hasni.

Statistik ini diberikan oleh beliau ketika mengetuai operasi bersepadu bersama 86 anggota di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Dalam operasi terbabit, pihak penguatkuasa SPAD memeriksa sebanyak 124 buah kenderaan yang terdiri daripada 54 buah bas dan 70 buah lori. 


Daripada jumlah tersebut terdapat 17 tangkapan dilakukan di atas kesalahan pelbagai kesalahan seperti penggunaan dadah serta tiada permit perjalanan yang sah. Antara ditahan ialah seorang pemandu lori warga Indonesia berusia 27 tahun kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.



Melihat kesemua angka-angka ini, seakan-akan tidak menunjukkan sebarang penurunan salah laku yang berjaya direkodkan. Adakah ini disebabkan kecekapan pihak penguatkuasaan SPAD yang terus menerus melakukan pemantauan atau sebenarnya para pengendali pengangkutan awam yang tidak serik-serik melakukan kesalahan. 

No comments:

Post a Comment