Monday, January 9, 2012

Feedlot NFC VS Feedlot Anwar Ibrahim

Feedlot yang menempatkan ternakan lembu milik NFC yang terletak di Gemas kecoh diperhebohkan oleh juak-juak pembangkang.

Feedlot NFC
Contoh Feedlot Lain
Tetapi Feedlot yang menempatkan manusia yang sanggup diperlembukan oleh Anwar Ibrahim ni gempak jugak beb! Macam gambar kat bawah. Siap ada letup-letup lagi.

Feedlot manusia diperlembukan di Mahkamah Jln Duta

Memang muak dengan sikap hipokrit kepimpinan dan penyokong pembangkang dalam penerimaan sesuatu isu yang berkaitan dengan perbicaraan di mahkamah.

Sebelum keputusan diumumkan tadi terpekik terlolong mengatakan mahkamah tidak adil, berat sebelah, zalim dan sebagainya yang buruk-buruk menghina mahkamah dan hakim.

Bila keputusan sudah diterima, 'dan dan' time tu jugak ubah skrip mengatakan mahkamah adalah adil. Sistem perundangan kita SUDAH telus? "SUDAH"! 

Memangnya sejak dulu lagi telus dan adil mana ada "SUDAH". Tetapi bila keputusan tidak menyebelahi mereka habis dihemburnya caci maki terhadap mahkamah dan hakim. 

Sehingga ada perancangan untuk membuat kekecohan jika keputusan menyebut Anwar Ibrahim BERSALAH!

Seperti yang berlaku tadi, terdapat tiga letupan bom sehingga mencederakan dua orang awam di sekitar mahkamah. Inilah kali pertama bom digunakan dalam perhimpunan di Malaysia.

Adakah bahan letupan ini akan digunakan untuk membuat kecoh bagi membebaskan Anwar? Perhimpunan tadi jelas bertujuan menimbulkan kekecohan ala terrorist jika Anwar ke penjara. 

Kononnya 100,000 akan turun tetapi 3,000 sahaja yang tampil. Ala kadar jer! Pegi HIMPUN SEJUTA UMAT korang taknak. 

Sekarang kesilapan terbesar pembangkan PKR dan PAS adalah dengan pemecatan Dr Hassan Ali. Beliau merupakan antara golongan professional tersohor yang terawal menyertai PAS dan kini dibuang bagai sampah.

Beliau sendiri tidak menyokong dengan perhimpunan sebegini tetapi suara Hassan Ali telah diketepikan PKR dan PAS dari segala segi.


2 comments:

  1. awak dah kaji fasal feedlot ni ke?..lembu beli harga borong 1500 je.tp knapa beli rekod beli sekor hrga 6000..semua org sedar hakikat ini. kawan saya,kwan ayah saya pon tokey lembu..knapa awak gelar manuasia seperti kamu juga lembu?.kamu mesti ajar anak jgn gelar org sama haiwan kan?..tapi knapa kamu buat?

    ReplyDelete
  2. "menggelarkan manusia lembu" dan "manusia yang diperlembukan" adalah 2 perkara yang berbeza.. setahu perisik, juak pembangkang yang lebih dulu menggelarkan manusia lembu. tak perlulah saya nyatakan siapa yang mereka gelarkan.
    Artikel ini tidak sentuh secara terperinci tentang feedlot. Banyak penjelasan dan counter issue telah dilakukan oleh blog-blog lain. Sendiri leh cari.

    ReplyDelete