Saturday, October 25, 2014

604 Rakyat Malaysia Tak Reti Cakap Bahasa Melayu!


Kajian terhadap kalangan 14,000 pelatih PLKN di 79 buah kem seluruh negara pada 2010 menemui hasil yang mengejutkan apabila seramai 604 pelatih di kalangan bangsa Cina dan India tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Walaupun kajian tersebut dibuat empat tahun lalu, penemuan ini agak menghairankan dan membuatkan kita berfikir di mana silapnya sistem pendidikan negara. Ada mengatakan ia masih kes terpencil, namun ia memberi indikasi kelemahan sistem pembelajaran di sekolah ditambah dengan faktor persekitaran pelajar.

Pensyarah Institut Alam Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong berpandangan situasi ini akan menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan dengan lebih berkesan.

Menjadi persoalannya, bagaimana mereka boleh terpilih menyertai latihan khidmat negara. Apa yang peliknya 604 pelatih ini boleh lulus SPM dengan kemampuan bertutur yang terhad. Perkara ini tidak harus berlaku kerana sebagai warganegara Malaysia, mereka WAJIB menguasai bahasa Melayu dengan baik.

"Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengn sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petk bercakap bahasa Melayu" Kata Teo Kok Seong.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun mengulas bahawa isu pelatih cina dan india tidak boleh bertutur bahasa melayu bukan bidang kuasa PLKN, memandangkan peserta semua dipilih secara rawak.



"Apabila peserta dipilih mengikut sistem rawak, kita tidak tahu adakah mereka ini terdiri daripada mereka yang lulus SPM atau tidak kerana pelatih dipilih bukan berdasarkan keputusan SPM.

"Kita perlu lihat semula sama ada sistem rawak ini bagus atau tidak, supaya pemilihan lebih bersifat menyeluruh terutamanya untuk mereka yang ingin menyertai PLKN secara sukarela," Jelas Ehsanuddin.

Antara langkah lain diambil adalah mewujudkan satu modul khas 'I-Smart' pada 2011 bagi membantu para peserta untuk berkomunikasi dengan lebih baik.


1 comment:

  1. Dulu ketika Pak Soeharto berkuasa, dia paksa semua Cina untuk berbahasa Indonesia dan mengganti nama dengan nama Pribumi atau jawa.
    Meski Soeharto orang jawa, dia bangga dengan bahasa Melayu Indonesia.
    Dan kami orang jawa tidak pernah merasa kehilangan budaya dan bahasa karena menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Nasional. Bangga berbahasa Indonesia. Kaum India dan Cina malaysia harus contoh Indonesia lah. Kami orang jawa bangga dengan Bahasa Indonesia

    ReplyDelete