Ramai menjangkakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlaku hari ni. Maka berduyun-duyunlah wartawan dan cameraman berkampung di bilik sidang media pejabat kerajaan negeri, bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Kelibat Khalid Ibrahim mula kelihatan jam 2.30 petang tiba di perkarangan Istana Kayangan, Shah Alam untuk mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ramai ternanti-nanti hasil perbincangan antara MB dan Sultan.
Pihak istana telah pun mengeluarkan kenyataan akhbar dan antara isinya Sultan mentitahkan setiap parti-parti dalam pembangkang yakni DAP, PAS dan PKR mengemukakan dua calon MB yang baharu. Berikut adalah kenyataan media dari Istana.
No comments:
Post a Comment