Saturday, February 22, 2014

Shamsubahrin Bikin Semak Dalam Industri Pengangkutan Awam


Walaupun dibuat beribu kebaikan, dizahir beribu pencapaian. Tetap akan kedengaran suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati. Begitulah asam garam yang dilalui oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepanjang penubuhan sejak 2010. 

SPAD yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar ini tidak henti-henti dijadikan sasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merosakkan imej suruhanjaya di mata rakyat.

Acap kali ada saja insan tiga suku muncul menghentam SPAD itu ini serba tak kena. Malangnya baru masuk gelanggang dah terkena pukulan maut apabila fakta dan analisis terbentang di depan mereka. Belum habis round 1 dah K.O. 

Baru reda satu isu, muncul pula si sewel yang lain buang tebiat dengan merekayasa isu yang lain. Kali ini tauke syarikat Premium Big Blue, Datuk Shamsubaharin bikin semak tunjuk bagus mendesak Syed Hamid meletak jawatan serta membuat pelbagai tuduhan liar terhadap SPAD. 



Siapa sebenarnya dia ni? Apa pasal dia terejal tak pasal-pasal? Apa alasannya buat desakan begini? Ke ada hantu yang dah sampuk kepala mamat ni? Pelbagai persoalan timbul setelah membaca rengekan beliau dalam laporan salah sebuah portal media pro pembangkang.

Dari laporan tersebut, beliau telah menuduh Syed Hamid tidak pernah turun padang meninjau masalah teksi dan hanya berminat melawat tapak binaan Transit Aliran Massa (MRT). Penguatkuasa SPAD turut dipersoal kerana lemah dan tidak tegas untuk mengubah sistem. 


Itulah antara point yang membawa kepada penulisan keseluruhan laporan terbabit. Ia lebih kepada personal attack yang hanya bersandarkan pada andaian tanpa melihat konteks sebenar perjalanan industri pengangkutan awam secara total.

Kalau sesiapa kenal samdol ni, tolong sampaikan bahawa SPAD bukanlah suruhanjaya eksklusif kaitan teksi sahaja. Tapi merangkumi perkhidmatan lain seperti bas, rel dan lori. Walhal jika disentuh hal teksi ini sahaja, Syed Hamid sendiri telah turun padang melakukan banyak sesi dialog bersama persatuan, pengusaha, pemandu teksi dan pengguna.

Dalam pengenalan lesen teksi individu tahun sudah, pihak SPAD telah melakukan kaji selidik dan pertemuan dengan lebih 30 ribu pemandu teksi seluruh Malaysia bagi mendapat maklum balas secara terus. KLIK SINI

Manakala statistik 2011 hingga 2013 menunjukkan unit penguatkuasa SPAD telah melakukan pelbagai operasi harian dan penyamaran sehingga berjaya mencatatkan sejumlah 8,602 tangkapan. Dari jumlah terbabit 3,385 adalah tangkapan terhadap teksi. KLIK SINI


Jadi jangan sangka penguatkuasa SPAD hanya bertugas dalam uniform dan menghilang 10minit kemudian. Kerana dikalangan pelancong, pelajar atau pakcik tua yang menaiki teksi adalah pegawai penguatkuasa yang sedang dalam penyamaran. KLIK SINI


Angka-angka dinyatakan tadi, sudah cukup membuktikan bertapa Datuk auta ini tidak peka dalam perkembangan industri pengangkuatan awam darat. 

Di sini jelas menunjukkan bahawa fokus serangan beliau kepada industri teksi ini bersifat peribadi memandangkan Datuk ni sendiri ada kepentingan dalam syarikat teksi.

Bila diselidiki, beliau ini sememangnya mempunyai track record yang hebat dalam dunia perniagaan. Cukup hebat sehingga terlibat dalam lima pertuduhan menipu bekas pengarah Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh.

Selain itu turut terlibat dalam 17 pertuduhan pengubahan wang haram yang berjumlah RM1.755 juta. Malah, beliau juga dikaitkan dengan kes menipu mangsa melabur dalam perniagaan yang tidak wujud serta memperdaya seorang wanita dalam mendapatkan dua pembantu rumah. KLIK SINI

Sendiri huru hara terpalit dengan pelbagai pertuduhan di Mahkamah. Lagi mahu tunjuk macam hero Mr Clean. Syed Hamid ketika di minta komen kenyataan datuk auta, menyelar semua tuduhan dan asas desakan yang diutarakan oleh si sewel ni. 

"Saya bukan dilantik oleh dia. Saya dilantik oleh Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri nak suruh saya berhenti, saya berhentilah. Tetapi dia kena tengok fakta. Walaupun kumpulan penguatkuasa SPAD masih baharu, tetapi kesan tindakan kita telah menunjukkan pencapaian yang amat tinggi dan rakyat memberikan gambaran yang positif," katanya.

"Saya berasa amat sedih dengan orang macam ini dalam industri ini. Sepatutnya dia membantu SPAD dengan menambah nilai dan meningkatkan lagi mutu daripada membuat tuduhan macam ini yang tidak benar," kata Syed Hamid lagi.

Setelah meneliti latar belakang datuk ini, tak perlulah Tan Sri berasa sedih. Kerana orang yang terang-terang buruk kredabiliti sebegini bukan entiti positif dalam transformasi. Orang macam ni bikin semak jer dalam industri pengangkutan awam darat. Menyibuk jer lebih!
  

No comments:

Post a Comment