Thursday, February 13, 2014

Alien Bukit Bintang Dicekup!


Muka Pakistan, ala bangla campur Nepal tapi dalam kad pengenalan guna nama Melayu. Dah tu, mengaku pula berasal dari Sabah!? Memang curiga bah!

Tapi itulah antara tangkapan yang telah dilakukan oleh penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi khas yang dikenali Ops Tegas Alien.

Operasi khas ini telah digerakkan bagi membanteras kegiatan warga asing yang didapati memandu teksi serta pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

Operasi  yang berlangsung semalam dilakukan dalam dua fasa secara bersepadu dengan melibatkan 13 pegawai dan 89 anggota yang terdiri daripada PDRM, Imigresen, JPN dan SPAD.

Beberapa rakan media yang mengikuti operasi tersebut, melihat sendiri lokasi yang menjadi port para pemandu teksi warga asing ini berkumpul.

Ketika menghampiri, di dapati deretan teksi bersusun di depan sebuah kedai penuh dengan warga asing yang sedang leka menonton perlawanan kriket. Melihat sekeliling, terdapat juga beberapa buah kedai runcit dengan tulisan bersimpul-simpul dalam bahasa asing.

Dah semacam satu perkampungan mini Alien di tengah-tengah ibu kota. Mereka menetap, berniaga malah berkeluarga di situ. Perkara ini membimbangkan bila semakin banyak kejadian jenayah melibatkan warga asing menular ke seluruh negara.



Adakah suasana begini kita perlukan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014? Dalam hal ini, semua pihak memainkan peranan mencegah. Di sini SPAD dengan proaktif telah mengambil langkah segera mencekup pemandu alien dalam Ops khas ini.

Hasilnya, 32 kes  direkodkan di mana 21 tidak guna meter, 5 menetapkan harga tambang, satu tak ada kad pemandu, 1 enggan mengambil penumpang.

Selain itu, terdapat beberapa dokumen pengenalan dirampas JPN untuk disemak kesahihannya. Ini kerana pihak SPAD telah menahan enam warga Pakistan yang memiliki kad pengenalan yang mencurigakan untuk disahkan oleh pihak JPN.



Pengurus Besar Penguatkuasa SPAD, Mejar Jeneral (B) Dato Che Hasni Che Ahmad memberitahu bahawa pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai kebanjiran pemandu teksi warga asing di sekitar ibu kota.

"Kita akan teruskan operasi dari semasa ke semasa kerana ia menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan. " Tegas Che Hasni.

SPAD juga menyeru  kerjasama orang ramai untuk melaporkan pemandu teksi yang melanggar peraturan seperti tidak menggunakan meter, pemandu berbeza dari gambar pada dashboard dan sebagainya.

"Pastikan ambil gambar nombor plet, kad pemandu, nama syarikat pada badan teksi serta merakam gambar pemandu supaya kita dapat sahkan di kad pemandu yang terletak pada dashboard tu sama ke dengan pemandu sebenarnya." Jelas Che Hasni.

Semua ini penting untuk dijadikan bukti bagi memudahkan kerja-kerja pendakwaan dilakujab. SPAD tidak akan berkompromi terhadap pemandu yang degil tak guna meter kerana ini boleh menjejaskan imej negara.

1 comment:

  1. "Pastikan ambil gambar nombor plet, kad pemandu, nama syarikat pada badan teksi serta merakam gambar pemandu supaya kita dapat sahkan di kad pemandu yang terletak pada dashboard tu sama ke dengan pemandu sebenarnya." Jelas Che Hasni.
    KALAU MACAM SAMPAI MACAM , APA KATA BAGI RAKYAT PAKAI PISTOL. KESELAMATAN KENA JAGA OOO.

    ReplyDelete