Wednesday, February 12, 2014

Di Sekitar Terminal Amanjaya


Pada Oktober tahun sudah timbul keluhan dari beberapa kumpulan kecil apabila Terminal Amanjaya mula beroperasi pada 25 September 2013. Terminal yang terletak di Ipoh, Perak ini dikatakan punya kelemahan dari sudut lokasi dan kurang promosi.

Namun pelan penyelesaian telah diutarakan oleh Kerajaan Negeri Perak bersama-sama dengan Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sila rujuk artikel terdahulu DISINI. 


Pelbagai respon positif dan negatif diterima mengenai terminal ini. Daripada sekadar kita baca dan dengar dengar, jadi eloklah jika perisik berkunjung ke sana bagi melihat sendiri suasana kemudahan yang tersedia ada. 

Perisik tiba di sana pada hari bekerja, jadi keadaan agak lengang ketika itu. Kebiasaannya terminal-terminal bas akan mula penuh pada cuti hujung minggu dan lebih sesak jika cuti umum. Berikut adalah gambar-gambar sekitar di dalam dan luar terminal:




Gambar berikutnya menunjukkan bahagian luar di sekitar Terminal Amanjaya yang dikelilingi kompleks beli belah, pusat perniagaan dan bangunan pejabat kerajaan.


  


Betul-betul diluar pintu masuk terminal ini kelihatan deretan teksi yang menunggu penumpang. 

No comments:

Post a Comment